Pembaca dijemput memberik komen di http://hdailyblog.blogspot.com/ . Komen 
mestilah diiringi dengan nama dan alamat email sepaling tidaknya. Komen yang 
tidak diiringi alamat tidak akan diluluskan.


      Pemilihan Ketua AMK, AMKNS laungkan sokongan kepada anak didik Ezam       
                     
                         
                        
                                       Wan Nordin Wan Yaacob      
         Sat | Feb 24, 07 | 04:19:45 AM                        KUALA LUMPUR, 24 
Feb (Hrkh) - Pencalonan bagi pemilihan pucuk pimpinan Parti   KeADILan Rakyat 
(KeADIlan) dan sayap parti bagi tahun 2007 bakal menyaksikan pertarungan   
antara muka-muka 'popular' dalam KeADIlan.

  
 Dari jawatan Presiden hinggalah ke jawatan di bahagian sayap Angkatan Muda 
KeADIlan   (AMK) menyaksikan dua atau tiga nama yang dicalonkan bagi jawatan 
tertinggi setiap sayap dan   pusat.

 
 Calon Presiden sahaja menyaksikan Penasihat KeADIlan, Dato' Seri Anwar Ibrahim 
mendapat   banyak pencalonan sementara isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan 
Ismail yang kini   menyandang jawatan Presiden turut dicalonkan, meskipun dalam 
satu kenyataannya, Dr Wan   Azizah sedia memberi jalan kepada Anwar untuk 
menerajui parti bagi tahun 2007.

 
 Untuk rekod, setakat ini Anwar telah menerima pencalonan sebagai Presiden dari 
Badan Perhubungan KeADIlan Negeri Selangor dan beberapa bahagian di Perak dan 
Pulau Pinang.

 
 Pemilihan parti pula akan diadakan pada Mei ini dalam Persidangan Kongres 
KeADILan tahun 2007.

 
 Pencalonan di peringkat pemuda juga tidak kurang hebatnya, selepas mantan 
Ketua AMK, Ezam   Mohd Noor melepaskan jawatannya pada september tahun lalu, 
kedudukan kerusi Ketua AMK   panas dengan pencalonan kini tertumpu kepada dua 
nama besar dalam AMK, iaitu Pemangku   Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin 
seorang Peguam muda dan aktivis reformasi yang juga   rakan Ezam, Badrul Hisham 
Shaharin yang cukup terkenal dengan kisah ditahan polis semasa   berdemonstrasi.

 
 Perlu matang, dan sejarah perlu diambil iktibar 
 Dalam satu kenyataan yang diberi AMK Negeri Sembilan (AMKNS), Ketuanya, 
Ariffin Berham   berkata, melihat sejarah pertandingan dalaman parti ini (ahli 
dan khususnya pimpinan)   seharusnya menjadi lebih matang dan sejarah pemilihan 
lepas seharusnya dijadikan ikhtibar.

  
  Pemilihan kali ini menjadi lebih penting kerana pasukan yang dipilih kali 
inilah akan menerajui   parti menghadapi pilihan raya umum yang terlalu hampir, 
katanya.

 
  Sikap berlapang dada dan bekerja keras seharusnya menjadi pegangan setiap 
pemimpin dan   bukan bekecil hati dan berpandangan sempit, katanya.

 
  AMK seharusnya diberikan petunjuk baru melalui pemilihan parti kali ini untuk 
melihat wajah   ’winning team’ yang muda, berani dan penuh strategi untuk 
memacu AMK pusat menghadapi   pilihan raya akan datang, katanya.

 
 Badrul miliki 'track record' gerak kerja bersama NGO 
  Menurut Ariffin, berdasarkan ’track record’ gerak kerja selama ini maka AMKNS 
menyatakan   sokongan dan dokongan terbuka kepada Badrul Hisham untuk mengisi 
kekosongan Ketua   Angkatan Muda Malaysia yang ditinggalkan oleh Mohamad Ezam.

 
  Pengalaman Badrul Hisham bergerak bersama NGO termasuk di peringkat 
antarabangsa amat   diperlukan oleh gerakan muda seperti AMK, katanya.

  
 Penglibatan beliau sebagai perancang dan sanggup berada di barisan paling 
depan dalam   banyak program reformasi khususnya selepas penangkapan 
ISA-Reformasi dan terus bergerak   aktif sehingga kini adalah bukti komitmen 
beliau yang tidak berbelah bagi terhadap agenda   perubahan negara, katanya.

 
 Pemimpin 'winning team' 
  Pengalaman bergerak bersama Badrul dalam AMKNS telah menyebabkan AMKNS begitu 
yakin   jika Badrul Hisham terpilih menjadi Ketua AMK maka ia mampu memacu AMK 
Pusat dengan   wajah 'winning team'.

  
 AMKNS berharap agar kepimpinan dan pengalaman Badrul Hisham dapat dicurahkan 
ke arah   memantapkan lagi Angkatan Muda keADILan, katanya.

 
 Badrul Hisham jBadrul Hisham juga menggalas tugas sebagai Eksekutif 
Koordinator Gerakan Demokrasi dan   Anti Korupsi (Gerak) yang dipimpin Ezam 
sekarang sebelum dan selepas meninggalkan semua   jawatan penting dalam 
KeADILan.

 
 Gerak adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang aktif dan lantang 
menyuarakan isu-isu   rasuah, penyelewengan dan membuat laporan kepada pihak 
berkuasa berhubung isu rasuah   serta penyelewengan.

 
 Terbaru, Gerak yang kini dipimpin bersama Ezam dan Badrul Hisham akan membuat 
satu   pendedahan berhubung salah laku jenayah Pegawai Tinggi Badan Pencegah 
Rasuah (BPR) pada   26 Februari ini dalam satu sidang media khas Ezam di 
pejabatnya di Kelana Square.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali kini mendahului 
pencalonan bagi jawatan timbalan presiden parti itu.

 
 Azmin dijangka membuat pengumuman sama ada bertanding atau tidak sewaktu 
mesyuarat PKR Gombak pimpinannya yang akan berlangsung di Anjung Rahmat, jam 
9.00 pagi esok.

 
 Selepas sepuluh bahagianKeADILan mengadakan mesyuarat masing-masing Azmin 
mendahului dengan mendapatkan enam pencalonan manakala penyandang jawatan 
tersebut, Syed Husin Ali menerima dua pencalonan.

 
 Dua lagi pemimpin KeADILan yang turut dicalonkan untuk jawatan Timbalan 
Presiden ialah Ketua Penerangannya, Tian Chua (bahagian Tanjung) manakala 
bahagian Merbok pula mencalonkan bekas Ketua AMK, Ezam Mohd Noor.

 
 Azmin mendapat pencalonan daripada bahagian Lumut, Kelana Jaya, Bagan Serai, 
Ketereh, Bukit Gantang dan Sungai Petani.

  
 Sementara Syed Husin yang akan mempertahankan jawatan timbalan presiden, 
mendapat dua pencalonan iaitu dari bahagian Kuala Kangsar dan Sabak Bernam.

 
 Anwar pula mendahului pencalonan untuk jawatan Presiden dengan tujuh 
pencalonan sementara dua bahagian lagi mencalonkan Wan Azizah untuk 
mempertahankan jawatan tersebut.

 
 Manakala bahagian Merbok yang bermesyuarat semalam mencalonkan bekas Timbalan 
Presiden KeADILan, Abdul Rahman Othman untuk bertanding jawatan Presiden.

 
 Bahagian yang mencalonkan Wan Azizah ialah Sungai Petani dengan Kuala Kangsar. 
Kecualil Merbok, yang lainnya mencalonkan Anwar.

  
 Sebanyak 167 bahagian PKR di seluruh negara akan mengadakan mesyuarat bahagian 
yang bermula pada 1 Februari lalu dan dijadual berakhir pada 31 Mac depan.

 
 Setiap bahagian akan menghantar 12 perwakilan ke Kongres Nasional PKR di 
Seremban, Mei depan yang terdiri daripada pemegang jawatan utama di peringkat 
bahagian serta yang dipilih dalam mesyuarat perwakilan.

 
 Pencalonan yang dibuat di peringkat bahagian akan dihantar ke ibu pejabat 
untuk calon-calon mengesahkan sama ada mereka menerima pencalonan tersebut. 


                
---------------------------------
 All New Yahoo! Mail – Tired of unwanted email come-ons? Let our SpamGuard 
protect you.

Kirim email ke