Parlimen dengari kes penganugerahan Mykad kepada pendatang asing          
                  
                         
                        
                                       Ahmad Tajdid      
         Tue | Feb 27, 07 | 12:21:27 PM                            KUALA 
LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) - Setelah skandal pemberian kad pengenalan Malaysia 
kepada pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah mendapat liputan meluas 
akhbar-akhbar di negeri itu, Parlimen telah memanggil dua saksi untuk memberi 
keterangan dalam satu sesi pendengaran awam.

 
Penulis bebas, Mutalib MD dan bekas Setiausaha Politik Menteri Kerjaraya Sabah, 
Jabar Khan Napi telah memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas 
Dewan Rakyat mengenai Integriti yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana 
Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, semalam.

 
Mutalib MD ialah penulis buku "IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah" dan "IC 
Projek" yang mendedahkan konspirasi politik Umno dalam menganugerahkan kad 
pengenalan Malaysia kepada PATI khususnya di Sabah; manakala Jabar Khan pula 
ialah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditahan kerana 
didakwa terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan kepada PATI.

 
Jabar Khan juga ialah bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas Umno Sabah dan pernah 
dilantik Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Umno Sabah bagi memberi taraf 
kerakyatan kepada pendatang tanpa izin di negeri itu.

 
 Dalam satu pertemuan dengan Harakah di sebuah hotel dekat sini, Jabar Khan 
yang masih menganggotai Umno mendedahkan semua perkara berkaitan skandal ini.

 
Berapakah jumlah PATI yang telah dianugerahkan kad pengenalan sepanjang badan 
petugas (task force) Umno Sabah itu beroperasi dari 1991 hingga 1994? Apakah 
jawatan yang disandang Ketua Menteri Sabah, Dato' Musa Aman yang juga Ketua 
Bahagian Umno Jamboangan (pada ketika itu) dalam badan petugas tersebut? Apakah 
sumbangan PATI yang diberi taraf kerakyatan dalam menumbangkan kerajaan PBS?

 
 Ikuti pendedahan Jabar Khan dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang.    
      

                
---------------------------------
 New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more 
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.

Kirim email ke