Tindakan roboh: Penduduk Semarak kecewa dengan sikap wakil rakyat
Salmiyah Harun
Sat | Mar 03, 07 | 10:45:20 AM KUALA LUMPUR, 3
Mac (Hrkh) - Penduduk Kampung Semarak yang diarah mengosongkan rumah mereka
dalam masa tidak kurang 24 jam berang apabila wakil rakyatnya Dato' Zulhasnan
Rafique langsung tidak mengambil peduli nasib yang menimpa mereka.
Zulhasnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan didakwa tidak pernah turun ke
kampung berkenaan biarpun penduduk berkali-kali meminta agar beliau menolong
mereka untuk menarik balik arahan perobohan oleh DBKL itu.
Sabariah Hashim, 38, ketika ditemui di kampung berkenaan berkata, beliau amat
kecewa dengan sikap wakil rakyatnya yang tidak menjenguk nasib malang yang
menimpa mereka
"Tengok keadaan di sini sudah hampir kecoh, mana wakil rakyat! Saya yakin dia
tahu apa yang sedang dihadapi oleh rakyatnya, tetapi dia tidak mahu tarik balik
arahan DBKL itu," katanya dengan penuh emosi.
Malah katanya, penduduk di sini hampir kesemuanya adalah kakitangan kerajaan
yang kuat menyokong Umno dan kerajaan.
"Kami bukannya pembangkang, kami orang Umno dan kerajaan, kenapa Umno nak
seksa penyokongnya sendiri," katanya.
Yusaini Amir, 42, melahirkan rasa kecewa apabila wakil rakyatnya tidak mahu
membela nasib mereka biarpun berkali-kali menghubungi wakilnya itu untuk
menyatakan masalah mereka.
"Kenapa wakil rakyat yang kami pangkah, tidak mahu turun membela nasib kami,
kalau bukan pada wakil rakyat pada siapa lagi kami mahu mengadu masalah kami,"
katanya semasa ditemui.
Sementara itu, Ketua Masyarakat kampung berkenaan, Azman Abdul Majid, 62, sedih
dengan sikap wakil rakyatnya yang tidak menghargai jasa mereka yang selama ini
berjuang untuk Umno.
"Sedih, kami berjuang siang dan malam untuk beliau dan Umno dan akhirnya
inikah balasan yang kami terima?" soal beliau.
Hari ini, dengan mengenepikan injunksi, DBKL cuba bertindak merobohkan kediaman
penduduk berkenaan. Bagaimanapun pihak berkuasa tempatan itu akhirnya memberi
tempoh kepada penduduk untuk membawa masalah itu ke Mahkamah Persekutuan.
Pada 8 September tahun lalu, Abdul Aziz Mohamed Ginan dan 108 plaintif lain
telah memfailkan saman terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur berhubung pembinaan
Projek Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang melalui kawasan kampung mereka.
Mereka turut memohon perintah injunksi menghalang defendan sama ada secara
sendiri atau pekerja atau ejen mereka daripada memasuki dan merobohkan rumah
dan apa-apa bangunan yang telah didirikan oleh mereka di kampung berkenaan.
Peguam R. Sivarasa yang mewakili penduduk kampung berkenaan berkata, beliau
mendapat arahan daripada anak guamnya supaya memfailkan permohonan untuk
mendapat kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan dengan segera. - mns
---------------------------------
Jumlah dilihat: 3214 | Cetak | Emel
Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di atas sila
hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, pendapat,
rencana atau sebagainya, sila emelkan ke ' ); document.write( addy_text299
); document.write( '' ); //-->\n [EMAIL PROTECTED] ' ); //--> Alamat email
ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk
melihatnya ' ); //--> .
Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang
dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan
dilayan.
function x () { return; } function ac_smilie(thesmile) {
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";
document.akocommentform.comment.focus(); } function validate(){ if
(document.akocommentform.comment.value==''){ alert("Please insert at least
a comment related to the topic!"); } else if
(document.akocommentform.acname.value==''){ alert("Validate name");
}else { document.akocommentform.action = 'index.php';
document.akocommentform.submit(); } }
[input] [input] [input] [input] Hantar Komen AndaNama [input] [input] Emel
[input] Subjek [input] Komen
Kod* [input] [input]
[input]
---------------------------------
Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy
and free. Do it now...