Tubuh Suruhanjaya Di Raja siasat dakwaan rasuah terhadap Zulkipli dan
Johari
Anis Nazri
Tue | Mar 06, 07 | 11:29:12 AM KUALA LUMPUR, 6
Mac (Hrkh) - Rakyat tidak selesa dengan komen Perdana Menteri terhadap dua
kes rasuah terkini yang membabitkan Ketua Pengarah BPR, Dato' Seri Zulkipli
Mohd Noor dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Mohamad Johari
Baharum.
Sebaliknya, PM sepatutnya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja
perlu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan rasuah terhadap kedua-duanya yang
boleh mencemar maruah kerjaaan jika didapati terbabit.
Langkah tersebut perlu dilakukan kerana ia melibatkan pegawai kanan BPR
sendiri, yang sepatutnya membantu membanteras masalah rasuah, serta timbalan
menteri yang terbabit dengan penguatkuasaan dan keselamatan.
AJK PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, langkah itu juga bagi menjamin ketelusan
dalam setiap siasatan yang dilakukan terhadap kedua-duanya.
"Kita tak yakin dengan institusi polis dan BPR. Macamana mereka nak siasat
dengan telus, Zulkipli itu juga polis yang dipinjamkan ke BPR, dan BPR
sendiri mahu siasat ketuanya sendiri?" soal Mahfuz yang juga Pengerusi
Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak).
Jelasnya, berdasarkan pengalaman siasatan ke atas kes Dato' Seri Anwar
Ibrahim, berkaitan 'mata lebam' itu, siasatan polis tidak menemui sebarang
suspek.
Namun, tambah Mahfuz apabila Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan, barulah orang
yang bertanggungjawab mencederakan Anwar itu ditemui. Malangnya, orang yang
melakukannya pula ialah Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor.
"Jadi, berdasarkan kes itu, bolehkah kita percaya polis menyiasat kes ini,
sedangkan mereka (polis) 'melindungi orang-orang mereka'. Begitu juga dengan
soal menteri. Bolehkah mereka siasat dengan penuh jujur orang yang lebih
berpangkat dari mereka?" soal Mahfuz lagi.
Justeru, tegasnya langkah terbaik yang perlu dilakukan ialah penubuhan
suruhanjaya yang boleh menyiasat secara telus dan diyakini semua pihak. - mr
---------------------------------
Jumlah dilihat: 800 | Cetak | Emel
Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di atas sila
hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, pendapat,
rencana atau sebagainya, sila emelkan ke ' ); document.write( addy_text55776
); document.write( '' ); //-->\n [EMAIL PROTECTED] ' ); //--> Alamat email
ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk
melihatnya ' ); //--> .
Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang
dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan
dilayan.
function x () { return; } function ac_smilie(thesmile) {
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";
document.akocommentform.comment.focus(); } function validate(){ if
(document.akocommentform.comment.value==''){ alert("Please insert at least
a comment related to the topic!"); } else if
(document.akocommentform.acname.value==''){ alert("Validate name");
}else { document.akocommentform.action = 'index.php';
document.akocommentform.submit(); } }
[input] [input] [input] [input] Hantar Komen AndaNama [input] [input] Emel
[input] Subjek [input] Komen
Kod* [input] [input]
[input]
---------------------------------
What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.