Piket DBP: 71 pekerja diberi surat tunjuk sebab                           
                  Roy Rasul      
         Wed | Mar 07, 07 | 05:37:14 AM                           KUALA LUMPUR, 
7 Mac (Hrkh) – Seramai 71 pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerima surat 
tunjuk sebab daripada pihak pengurusan semalam kerana menyertai piket anjuran 
Kesatuan Pekerja-pekerja DBP pada 15 Februari lalu.

  
 Yang Dipertua Kesatuan Pekerja-pekerja DBP, Hasni Abas berkata, notis tunjuk 
sebab bertarikh 5 Mac lalu diberikan atas dakwaan  tentang kelakuan yang 
melanggari peraturan-peraturan di bawah akta  badan-badan berkanun (tata tertib 
dan surcaj) 2000 (Akta 605).

 
 Bagaimanapun katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini, jika berdasar 
pemahaman badan berkanun, piket dikirakan salah jika dibuat secara individu.

 
 Namun katanya, piket yang dilaku pada hari tersebut atas anjuran kesatuan 
pekerja.

 
 Sementara itu katanya, pihak kesatuan akan menjawab surat tersebut  secara 
‘standard’ iaitu dari segi teknikal, tuduhan serta peraturan-peraturan yang ada.

 
 “Lagi pun piket tersebut sebagai protes dan jika majikan kami mahu kenakan 
tindakan mengapa mereka tidak memberi respon terhadap permintaan kesatuan untuk 
rundingan di atas isu yang dibangkitkan tempoh hari,” tegasnya.

 
 Malah dakwanya, pihak majikan seolah-olah melihat kesatuan seperti ‘kongsi 
gelap’ dan tidak mewakili pekerja.

 
 Tambahnya surat tersebut yang perlu dijawab di dalam tempoh 14 hari dari 
tarikh surat tersebut akan dijawab oleh pekerja terlibat dan juga kesatuan 
dengan melalui nasihat Penasihat Undang-undang Kesatuan Pekerja dan Kongres 
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) minggu depan.

 
 Sementara itu, piket pekerja DBP yang dianjurkan selama empat hari bermula 12 
Febuari lalu diadakan bagi membantah proses pengisian jawatan Timbalan Ketua 
Pengarah (TKP) DBP yang didakwa tidak mengikut akta DBP dan Jawatankuasa 
Lantikan dan Naik Pangkat, Lembaga Pengelola DBP.  - mks.

    

---------------------------------
 Jumlah dilihat: 1260 | Cetak | EmelKomen oleh (1) Pembaca



-->
beginilah nasib pekerja
Dihantar oleh     ' );  document.write( addy_text77423 );  document.write( '' 
);  //-->\n siska amira  ' );  //-->  Alamat email ini telah dilindungi dari 
spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya    ' );  //-->  , 
on 07-03-2007 06:36 
saya bersimpati dengan pekerja DBP. Saya juga pernah mempunyai pengalaman dalam 
berpiket ni, tapi bezanya kami mendapat kesepakatan hampir 90% pekerja. Rasanya 
melalui laporan yg lepas tidak sampai 70 orang yang buat piket di DBP tu. Atau 
mungkin juga yang menyokong dari jauh dek kerana takut menyertai piketjuga 
dapat surat tunjuk sebab. Kesian, pekerja tiada kebebasan langsung. Ginilah 
nasib kuli...


  function x () {    return;  }  function ac_smilie(thesmile) {    
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";    
document.akocommentform.comment.focus();  }  function validate(){    if 
(document.akocommentform.comment.value==''){      alert("Please insert at least 
a comment related to the topic!");    } else if 
(document.akocommentform.acname.value==''){      alert("Validate name");   
}else {      document.akocommentform.action = 'index.php';      
document.akocommentform.submit();    }  }
 [input]  [input]  [input]  [input] Hantar Komen AndaNama [input]  [input] Emel 
[input] Subjek [input] Komen

Kod* [input]   [input] 
 [input] 

                
---------------------------------
 Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy 
and free. Do it now...

Kirim email ke