Perarakan rakyat tertindas di SUK, Shah Alam, 20 Mac
Saidah Hairan
Thu | Mar 08, 07 | 08:48:46 AM KUALA LUMPUR, 9
Mac (Hrkh) - Perarakan 'Rakyat Tertindas' akan diadakan secara besar-besaran di
hadapan bangunan SUK, Shah Alam, 20 Mac ini bagi menuntut pembelaan terhadap
setinggan daripada Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Orang ramai diminta berkumpul di hadapan bangunan SUK jam 10 pagi.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang akan mengetuai perarakan itu
mengingatkan semua mangsa kerakusan Khir Toyo turun padang bagi membantah
kezaliman terhadap penduduk setinggan.
Tiga agensi kerajaan - Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Majlis Perbandaraan
Shah Alam dan Ampang Jaya serta polis turut bekerjasama dalam operasi
merobohkan rumah setinggan di Kampung Berembang, Ampang dan Kampung Rimba Jaya,
Shah Alam.
Berita Terdahulu
FRU gempur setinggan Rimba Jaya, 4 cedera parah, 32 ditahan
SHAH ALAM: Empat daripada 32 penduduk setinggan Rimba Jaya dekat sini yang
ditahan polis, cedera parah akibat tindakan ganas anggota Unit Polis Simpanan
Persekutuan (FRU), Majlis Perbandaraan Shah Alam (MPSA) dan polis dalam operasi
`sifar setinggan' Selangor, 6 Mac lalu.
Penduduk berkenaan menjadi benteng mempertahankan rumah mereka daripada
dirobohkan kerana kes mereka masih berada di peringkat Mahkamah Persekutuan dan
akan dibicarakan 14 Mac ini.
Seorang penduduk, Azhari Osman cedera di telinga selepas dipijak anggota FRU
dan ditendang di bahagian rusuk kiri, Kumaraval a/l Subrayam ditendang dimuka,
Zulkifli Ariffin cedera di kepala manakala seorang mangsa tangannya dihentak
senjata api (raifel) dan tidak boleh bergerak.
Khairi Abu Hassan, 24, yang turut ditangkap dan digari terkilan dengan tindakan
ganas FRU yang membuat tangkapan rambang tanpa belas.
"Saya balik kerja nak tengok rumah. Saya masuk rumah dan sedang basuh muka
tiba-tiba FRU terus tangkap. Saya ditangkap macam penjenayah, tak pasal-pasal
saya dibawa ke balai polis," katanya ketika ditemui di balai polis.
Mohd Azlan Zubir, 23, yang datang ke rumah Khairi turut ditangkap dan terus
dipaksa naik trak polis.
Katanya, selepas semua tahanan dipaksa naik trak polis dua jentolak terus
merobohkan 11 rumah kediaman penduduk terlibat.
Sehingga jam 2 petang hari berkenaan tahanan masih belum mendapat makanan dan
minuman manakala empat orang yang cedera parah tidak mendapat rawatan perubatan.
Tiga agensi keselamatan bertindak menyembur air daripada 'water canon' tanpa
belas. Tangkapan dilakukan sehingga jam 10.50 pagi dengan semua tahanan digari
dan dibawa ke Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pada jam 11.30 pagi.
Di kawasan setinggan Rimba Jaya ada 274 rumah - 11 daripadanya telah dirobohkan
dengan menggunakan dua jentolak.
Kes setinggan Rimba Jaya itu dibawa ke mahkamah pada 2002 dan masih dibicarakan
di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Peguam 32 tahanan itu, Khairuddin Osman berkata, perkara itu masih diperingkat
Mahkamah Persekutuan yang akan dibiacarakan 14 Mac dan tindakan pihak polis
tidak betul kerana mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan.
Menurut beliau, pihak polis telah mengambil tindakan sendiri dan melanggar hak
penduduk.
Katanya, kerajaan mengaku mengamalkan demokrasi tetapi jelas tidak menghormati
hak rakyat yang mana ruang rakyat bercakap adalah di mahkamah.
Beliau mendakwa kerajaan semasa tidak menghormati demokrasi, tidak menghormati
hak rakyat jauh sekali mematuhi manifesto yang dilaungkan dalam pilihan raya.
"Siasatan telah dibuat tapi saya jangkakan mereka ditahan kerana menghalang
tugas polis. Kalau saya kata pihak polis digunakan, mereka marah pula tapi
jelas kenapa tidak mengambil kira tarikh perbicaraan yang ditetapkan," katanya.
Beliau yakin peguam yang terlibat dengan kes Mahkamah Persekutuan akan
mengambil tindakan berdasarkan ruang yang ada. - lanh
---------------------------------
Jumlah dilihat: 1017 | Cetak | EmelJika terdapat sebarang cadangan atau
pandangan mengenai artikel di atas sila hantarkan komen anda kepada kami. Untuk
sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke
' ); document.write( addy_text28300 ); document.write( '' ); //-->\n [EMAIL
PROTECTED] ' ); //--> Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda
perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ' ); //--> .
Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang
dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan
dilayan.
function x () { return; } function ac_smilie(thesmile) {
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";
document.akocommentform.comment.focus(); } function validate(){ if
(document.akocommentform.comment.value==''){ alert("Please insert at least
a comment related to the topic!"); } else if
(document.akocommentform.acname.value==''){ alert("Validate name");
}else { document.akocommentform.action = 'index.php';
document.akocommentform.submit(); } }
[input] [input] [input] [input] Hantar Komen AndaNama [input] [input] Emel
[input] Subjek [input] Komen
Kod* [input] [input]
[input]
---------------------------------
The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from
your Internet provider.