Merujuk kepada satu isu panas yg sering tertera di forum2 dan laman2 tertentu sama ada di alam maya ini mahupun media cetak atau elektronik membuatkan saya rasa terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku di lubuk hati ini. Hasil kajian yg telah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada sejumlah responden iaitu sejumlah pelajar wanita sebuah sekolah di Selangor mencatatkan bahawa hanya seorang responden daripada 886 responden yang lain mengaku tidak pernah melakukan hubungan zina ataupun dengan istilah yang dianggap lebih baik (seks) bersama pasangan masing2. Kali pertama menanggapi isu ini membuatkan hati saya menjadi terlalu takut dan tidak senang mengenangkan jenayah zina dan seks ini menjadi terlalu biasa dikalangan anak2 melayu beragama islam pada masa kini. Itu baru satu kajian di sebuah sekolah, kalau seluruh sekolah di Malaysia ini pula..hmm...terasa takut hati ini untuk menghipotesis jumlah anak2 kita yang sudah terjebak di dalam jenayah zina yang sangat keji ini.
Jika ingin dibandingkan pada tahun 80-an dahulu, mungkin heboh satu kampung memperkatakan anak Pak Dollah telah mengandungkan anak luar nikah bersama Seman kekasihnya..tetapi situasi pada hari ini sangat berbeza. Masyarakat pada zaman ini sudah mual dihidangkan dgn berita2 pembuangan bayi di tempat2 pembuangan sampah hampir setiap hari. Bahkan di dalam sesetengah kes anak2 yang tidak berdosa itu hampir dimakan oleh anjing2 kurap dan binatang liar yang berada di jalanan!! Lihatlah betapa bobrok dan tidak bertamadunnya akhlak manusia pada hari kini. sudah lupakah kita dgn firman Allah di dalam surah an-Nur ayat ke 2: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. adakah kita masyarakat Malaysia 'kebal' daripada hukuman yang telah ditetapkan oleh Rabbul Jalil ini? Tidak adakah sedikitpun perasaan gerun didalam hati kita terhadap ayat ini? Tepuk dada tanya iman.. Di sana ada kedengaran suara2 sinis yg mempertikaikan dengan mengatakan bahawa kajian ini merupakan suatu kajian yang rambang dan tidak terperinci serta tidak tepat dengan realiti masyarakat Malaysia pada hari ini. Pada saya ini bukan soal tentang kajian ini rambang atau tidak, digit yang dikeluarkan tepat atau tidak, ianya merupakan soal kebejatan akhlak dan tingkah laku anak2 muda kita yang bakal memimpin negara ini pada masa hadapan kelak!! Akhlak mereka semakin rosak hari demi hari. Bolehkah kita harapkan mereka ini untuk memimpin anak2 kita nanti menjadi manusia yg berakhlak? Ini persoalannya..bukannya meng'kondem' usaha yg telah dijalankan itu. Masalah kita pada hari ini, kita lebih banyak menuding jari menyalahkan orang lain jika berlaku sesuatu without admit it as our fault. Terkadang, ada juga perasaan bimbang mengenangkan nasib atau masa hadapan anak2 muda kita pada masa2 akan datang terutamanya orang seperti saya yang belum lagi berumahtangga dan mempunyai anak. Bolehkah kita mengharapkan silibus sukatan dan kokurikulum pendidikan negara untuk menjamin mereka supaya tidak terlibat dengan kegiatan2 tidak bermoral? Ya! saya tidak menafikan peri pentingnya didikan dari ibu bapa kerana segalanya bermula dari rumah, tetapi ibu bapa tidak boleh memonitor anak2 mereka 24 jam. Mereka akan bersekolah, berkawan, bermuamalat dan sebagainya. Disinilah terletaknya peranan suatu kurikulum pendidikan yang boleh menjamin dan menjaga mereka daripada terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat di luar sana. Ini bukan bermakna saya mengatakan yang kurikulum pendidikan negara sudah gagal, tetapi bagi saya inilah masa yang terbaik untuk kita kembali kepada al Quran dan as Sunnah. Tutup segala jenis premis yang boleh menyumbang kepada perlakuan tidak bermoral ini. Banyakkan aktiviti2 berbentuk keagamaan yang boleh membentuk akhlak mereka. Kekang sebanyak mungkin aktiviti2 yang melibatkan percampuran bebas diantara lelaki dan perempuan dan sebagainya. Formulanya mudah, jika kamu kembali kepada Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah 138: (katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "agama islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNya lah kami beribadat" Hasil kajian yang dibuat oleh UKM itu juga mendedahkan 98 peratus pelajar mengaku mengambil dadah, 98 peratus juga terlibat dengan kongsi gelap dan 97.3 peratus terdedah dengan bahan lucah. Pada hari ini pintu ke arah kemaksiatan terbuka luas. Kondom2 boleh didapati dengan mudah dengan harga yang sangat murah dan dibungkus dengan cara yang menarik minat pembeli. Pernah suatu ketika saya ternampak 'gula-gula' di kaunter sebuah pasaraya dibungkus dengan kertas pembalut hadiah. Melihat warna pembalut yang amat menarik membuatkan saya ingin mendekati dan mengambilnya untuk dibeli, selepas diamati alangkah terkejutnya saya bahawa bungkusan yang disangka 'gula-gula' itu bukanlah gula-gula tetapi adalah sejenis kondom berperisa! Malu saya dibuatnya sambil perlahan2 saya meletakkan kembali 'gula-gula' itu di tempat asalnya. Begitulah mudahnya kondom didapati di 'negara islam' Malaysiaku tercinta..Bahkan suatu ketika dahulu ada pula pandangan yang menganjurkan supaya kondom ini diedarkan secara percuma kepada para remaja supaya mereka dapat melakukan 'clean sex'!! Inilah sebenarnya jarum2 dari pihak musuh2 Islam yang ingin melihat kehancuran para pemuda dan pemudi pejuang agama islam, dan selamanya mereka tidak akan redha dengan agama yang maha suci ini. Firman Allah s.w.t dalam al Baqarah ayat 120: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Akhirnya, hayatilah sabdaan Rasulullah SAW : Hampir tiba satu masa seluruh manusia akan mengerumuni kamu seperti orang yang ingin makan mengerumuni talam hidangan. Sahabat bertanya Apakah kerana kami sedikit ya Rasulullah? Maka nabi saw menjawab Tidak,bahkan bilangan kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih dilautan,dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari musuh kamu,dan Allah mencampakkan penyakit wahan kedalam hatimu. Sahabat bertanya apakah itu wahan? nabi menjawab Cintakan dunia dan takutkan mati (hadith riwayat Abu Daud). sekian --------------------------------- We won't tell. Get more on shows you hate to love (and love to hate): Yahoo! TV's Guilty Pleasures list.
