Apa nak di hairankan. C4 pun polis boleh guna untuk letupkan altantuya, ni kan tian chua. Malaysia boleh !
________________________________ > To: [EMAIL PROTECTED] > From: [EMAIL PROTECTED] > Date: Thu, 8 Mar 2007 13:26:55 +0000 > Subject: [harakahdaily] Depa dok merapu: Tian Chua direman atas dakwaan > cubaan membunuh di Kampung Berembang > > Hang tengok depa dok merapu. La ni, bila mereka tak dapat tahan orang buat > perkara benar, mereka cari jalan tahan orang cara lain. > Cek ingat cerita dulu, kisah seorang menteri besaq jatuh kerana enakmen > 'merogol' gadis bawah umoq, hang ingat tak? Haa....dalam kes tu, gadis tu > ditangkap masuk rumah baiki akhlak - ala penjara - dan dilarang jumpa siapa > pun. Kemdian, Lim Guan Eng dipenjara kerana cuba pertahan dan menegakkan hak > gadis itu. Apa cerita Malaysia la ni? > Bila orang besaq ameno tu buat salah, orang lain masuk penjara. Apa hak > rakyat lagi yang ada? Cek tengok kita ni sudah balik ke alam feudal di mana > rakyat menjadi tiada lain dari 'serfs' atau 'peasants' saja - maknanya hamba > depa lah! > Celiklah sikit mata dan minda rakyat Malaysia...jangan dok pangkah BaNisrael > lagi, depa semua penipu, penyamun tarbus! Bangunlah no... > Tian Chua direman atas dakwaan cubaan membunuh di Kampung Berembang > Azamin Amin > Thu | Mar 08, 07 | 07:05:20 AM > KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Majistret Mahkamah Ampang Jaya, Nurul Husna > Awang hari ini melanjutkan tahanan reman selama dua hari lagi terhadap Ketua > Penerangan Parti Rakyat Keadilan (PKR), Tian Chua yang didakwa melakukan > percubaan membunuh. > Reman itu dilanjutkan berikutan siasatan terhadap Tian yang didakwa memandu > kereta Toyota Camry miliknya merempuh sekatan dan hampir melanggar seorang > lelaki di Kampung Berembang, Ampang.Lelaki tersebut dipercayai pekerja > daripada syarikat pemaju yang berada di kawasan tersebut ketika itu. > Setiausaha Suaram, Chang Li Kang berkata seorang lagi yang dilanjutkan > tahanan reman ialah penduduk Kampung Berembang, Syed Fasilshah Ghazali yang > didakwa menghalang penjawat awam dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada > Polis. > "Kedua-duanya kini ditahan di Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya," katanya ketika > dihubungi Harakhadaily. > "Dan tuduhan terhadap Tian adalah disebabkan laporan polis yang dibuat oleh > syarikat pemaju, kononnya Tian cuba melanggar pekerjanya yang menghalang > jalan," katanya. > Beliau yang sedih dan kecewa dengan kejadian itu mempersoalkan sikap polis > yang disifatkan melindungi pemaju dan bersikap terpilih dalam pendakwaan > mereka daripada menjaga keselamatan orang ramai. > Sedangkan katanya kes Kampung Berembang masih dalam proses mahkamah dan akan > diputuskan pada 14 Mac akan datang di Mahkamah Sesyen Shah Alam. > "Operasi yang dilakukan oleh Polis dan pemaju semalam ternyata adalah operasi > haram," katanya. > "Dan ini telah dinyatakan oleh tiga peguam yang hadir pada kejadian semalam," > katanya lagi. > Semalam, kira-kira 200 anggota polis dan FRU bertindak kasar untuk memudahkan > pihak pemaju meroboh dan menghalau penduduk keluar dari kampung berkenaan, > yang telah berkhemah di situ hampir tiga bulan. > Turut hadir sama tiga orang peguam iaitu Teng Chan Kim (Adun Sungai Pinang), > Lateefah Koya dan Edmund Boon. > "Sebelum ini telah banyak laporan polis yang telah dibuat kerana kekasaran > dan tindakan haram yang dilakukan oleh pihak pemaju dan kumpulan 'gengster' > terhadap penduduk di sini, namun tiada sebarang tindakan dilakukan oleh > polis." > "Tetapi bila ada satu sahaja laporan terhadap Tian, terus sahaja ditangkap. > Ini menunjukkan polis bertindak selektif," katanya lagi. > Menurut Chang, beberapa laporan polis telah dibuat berikutan kejadian 'kasar > dan ganas' semalam dan salah satunya telah dibuat di Balai Polis Hulu Kelang. > Hari ini tinjauan mendapati,jalan masuk ke Kampung Berembang telah ditutup > sepenuhnya dengan zink untuk menghalang para penduduk memasuki kawasan > tersebut termasuk meletakkan kandang seekor anjing untuk menakutkan penduduk > yang dilabel sebagai 'penceroboh' dan 'pendatang'. > Di luar kawasan terdapat beberapa buah khemah yang uzur menempatkan para > penduduk yang hilang tempat tinggal mereka akibat daipada perobohan itu dan > sekurang-kurangnya 60 keluarga yang masih bertahan di kawasan terbabit. > Lebih 30 kanak-kanak dan remaja terpaksa ponteng sekolang akibat daripada > kejadian tersebut malah ada di antaranya sudah masuk lebih seminggu tidak > bersekolah. - mks. > ________________________________ > Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with > voicemail > _________________________________________________________________ Check out some new online services at Windows Live Ideas—so new they haven’t even been officially released yet. http://ideas.live.com/?mkt=en-my ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/lOt0.A/hOaOAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Subscribe: [EMAIL PROTECTED] Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED] Digest message: [EMAIL PROTECTED] HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com PAS Homepage: http://www.parti-pas.org HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
