Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah kawasan
pembangunan seluas 2,200 km persegi di Johor yang
membabitkan pelaburan RM47 bilion bagi menjana
pertumbuhan dan aktiviti ekonomi antara tahun 2006 dan
2010, serta RM335 bilion lagi dalam tempoh 15 tahun
(2011-2025). 

Dr Mahathir berkata, orang Melayu akan menjadi hamba
kerana tanah milik mereka terpaksa dijual kepada
pelabur asing yang menawarkan harga yang tinggi.
Katanya, adakah orang Melayu boleh menolak jika tanah
mereka ditawarkan harga tiga kali ganda daripada harga
semasa. 

“Siapakah yang akan melabur dan membina bangunan di
kawasan itu? Sudah tentu orang Israel kerana mereka
ada kedutaan di republik itu (Singapura),” kata Dr
Mahathir lagi ketika berucap di majlis forum rakyat
mengenai kepimpinan Melayu dalam era globalisasi
anjuran Umno cawangan Kulai Besar di Kulai, Johor pada
29 Mac 2007. 

“Saya ingin bertanya kepada orang Johor, adakah mereka
rela tanah mereka digadai kepada orang asing itu
(Singapura),” katanya. Tetapi, katanya, orang Johor
tidak membantah seolah-olah mereka rela negeri mereka
dijajah semula. Dr Mahathir berkata, beliau percaya
kepada kebolehan orang Melayu tetapi mereka tidak
boleh bersaing apabila berada dalam WPI.


PAK LAH SETUJU HAK ISTIMEWA MELAYU JOHOR DILUCUTKAN 

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi secara tidak langsung bersetuju dengan
pandangan Tun Musa Hitam penasihat Wilayah Pembangunan
Iskandar agar hak istimewa Melayu Johor dihapuskan
untuk menarik pelabur asing. Laporan akhbar New
Straits Times 22 Mac 2007 menyebut “Prime Minister
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yesterday announced
the first set of incentives for the Iskandar
Development Region (Iskandar) and top of the list is
that investors do not have to comply with a rule that
favours Bumiputeras. There will also be 10-year tax
holidays and the freedom to employ foreign employees
within certain zones.” (Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pakej
pertama insentif untuk Wilayah Pembangunan Iskandar
dan yang mendahului keutamaan ialah pelabur tidak
terikat kepada sebarang syarat yang memberi
keistimewaan kepada Bumiputera….. dan kebebasan untuk
mengambil pekerja asing sepenuhnya (tanpa perlu kuota
Bumiputera))

Ini bermakna syarikat atau warga asing yang ingin
melabur di Johor tidak akan terikat dengan hak
istimewa Bumiputera iaitu orang Melayu. Dalam erti
kata lain selama ini dengan adanya hak istimewa orang
Melayu menyebabkan pelabur asing tidak berminat untuk
melabur di Malaysia dan menyekat kemajuan sesebuah
negeri.

MUSA HITAM GESA HAPUSKAN HAK ISTIMEWA MELAYU JOHOR

Tun Musa Hitam menggesa agar hak istimewa orang Melayu
di Johor dihapuskan supaya lebih ramai pelabur luar
akan melabur di negeri Johor. Itulah tajuk termuramah
yang disiarkan oleh Bloomberg pada 21 Mac 2007.Tun
Musa Hitam dan jutawan billionaire Malaysia Robert
Kuok adalah merupakan salah seorang dari lima
penasihat Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor yang
dilantik oleh kerajaan pimpinan Dato’ Seri Abdullah Hj
Ahmad Badawi.

March 21 (Bloomberg) -- Malaysia should exempt the
southern state of Johor from policies that favor the
ethnic Malay majority to help attract foreign
investors to the area, former Deputy Prime Minister
Musa Hitam said. (Malaysia sepatutnya mengecualikan
negeri Johor daripada polisi yang memberi keistimewaan
kepada majoriti orang Melayu untuk menarik pelabur
asing ke negeri itu..)



    *************************************************************
  Blog Cikgu Badrul http://www.pemudapasseremban.net 
  Laman Web Dewan Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com
  Laman Web Dewan Pemuda PAS Seremban http://www.pemudapasseremban.net
  Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com





 
____________________________________________________________________________________
Expecting? Get great news right away with email Auto-Check. 
Try the Yahoo! Mail Beta.
http://advision.webevents.yahoo.com/mailbeta/newmail_tools.html 


Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the 
posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the 
contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke