Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Jangan biarkan ia terus membara

  ROSLAN SMS
   
  Non-Muslims in Malaysia will unite in prayer this week for justice, fairness 
and respect for their constitutional rights. During these prayer sessions a 
letter from leaders in the council citing injustices and concerns of the 
community will be read out to the congregation.

Masyarakat bukan Islam di Malaysia akan bersatu bersembahyang (berdoa) untuk 
menuntut keadilan, kesaksamaan dan peghormatan terhadap hak mereka dari segi 
perlembagaan. Semasa sessi ini surat dari para pemimpin mereka berkenaan 
ketidakadilan dan kebimbangan masyarakat mereka akan  dibacakan kepada para 
hadirin.

Demikianlah sebahagian dari laporan yang terbit dalam akhbar THE SUN hari ini 
dibawah tajuk:

Week of prayer for non-muslim
Minggu sembahyang (berdoa) untuk masyarakat bukan Islam

Sikap ini diambil berikutan apa yang dikatakan campurtangan pihak tertentu 
memaksa masyarakat bukan Islam menyelesaikan pertikaian mereka di mahkamah 
syariah sedangkan menurut mereka Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan 
bahawa mahkamah syariah hanya mendengar kes berhubung penganut Islam sahaja.

Satu kes yang sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan adalah pertikaian 
antara R.Subashini (isteri yang beragama Hindu) dengan Muhammad Shafi Saravanan 
(sumai yang telah memeluk Islam). Si isteri memohon perintah mahkamah bagi 
menahan suaminya dari menuntut perceraian di mahkamah syariah dan menukar  
agama kedua-dua anak mereka.

Satu ketika Mahkamah Rayuan telah menolak tuntutan si isteri dan mengarahkan 
agar beliau menyelesaikan pertikaian ini di mahkamah syariah. Walaubagaimanapun 
mahkamah yang sama kemudiannya memberikan perintah tahanan sementara (interim 
injuction) kepada si isteri bagi memberi beliau peluang membuat rayuan di 
Mahkamah Persekutuan.

Lalu ekoran dari kes ini beberapa pemimpin dan NGO bukan Islam merasakan seolah 
terdapat trend untuk menghakis hak masyarakat bukan islam dalam negara ini. 
Dalam akhbar THE SUN juga salah seorang pemimpin merek mengambil contoh betapa 
dalam kes S. Shamala dan M.Moorthy sebelum ini campurtangan mahkamah syariah 
telah menafikan hak penganut bukan Islam.

Anehnya mereka sengaja tidak menyebut kes Nyonya Tahir dimana mahkamah syariah 
mengizinkan agar simati yang walaupun menurut rekod pernah menganut agama 
Islam, agar dikebumikan menurut kepercayaan Buddha.

Saya merasakan sudah sampai masanya kita  menangani permasalahan ini dengan 
sebaik-baiknya. Kerana membiarkan ia terus membara dan kini dengan protes WEEK 
OF PRAYER ini jelas menggambarkan seolah masyarakat Islam dalam negara ini 
zalim dan menindas maysrakat minoriti bukan Islam sedangkan hakikatnya tidak 
begitu. Api yang membara ini jika tidak ditangani kelak akan bakal mencetuskan 
ektegangan kaum dan agama yang akan merugikan semua pihak.

Kerajaan kelihatan lemah dan tidak bermaya untuk memberikan penyelesaian yang 
sebaik-baiknya malah membiarkan imaginasi dan nafsu berkuasa dan 
bermaharajalela.

Apabila masyarakat bukan Islam berterusan bersikap begini sedar atau pun tidak 
kritikan mereka nanti akan menjurus kepada isu dan permasalahan membabitkan 
Islam dan amalannya. Sebagai bukti dalam akhbar yang sama mereka sudah mula 
mempertikaikan hak perundangan syariah yang berdasarkan prinsip-prinsip al 
Quran itu.

Pertikaian dan protes secara terbuka ini nanti pasti membangktikan  pula 
kemarahan masyarakat Islam kerana melihat ada pihak yang cuba mencabar dan 
merendah-rendahkan amalan dan agama mereka. Akhirnya semua ini akan membawa 
kita kepada masalah yang lebih besar dan lebih membimbangkan.

Saya percaya kerajaan sehingga kini gagal mengambil sikap yang jelas kerana 
mereka meletakkan kepentingan politik di hadapan kepentingan yang lain. Jangan 
nanti kerana takut hilang undi atau hilang pengaruh akhirnya yang akan cedera 
dan parah adalah agama dan kepercayaan kita. Jelas dizaman Islam Hadhari ini 
keunggulan Islam semakin terhakis dan diragui.
   
  BLOG ROSLAN SMS
  http://n32.blogspot.com


                
---------------------------------
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with 
Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

Kirim email ke