aHmadHazieq <[EMAIL PROTECTED]> wrote: PARTI GERAKAN SEMAKIN BIADAP       
  Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk tindakan biadap Parti 
Gerakan Rakyat Malaysia (Parti Gerakan) khususnya Parti Gerakan Wilayah 
Persekutuan yang meluluskan satu resolusi dalam konvensyen parti itu pada 1 
April 2007 yang menggesa agar Mufti Perak dipecat kerana kononnya beliau 
terbabit dalam penyebaran SMS berhubung isu murtad pelayar solo, Dato' Azhar 
Mansor.

Tindakan ini telah memperjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa 
Pemimpin-pemimpin Parti Gerakan sememangnya buta tentang undang-undang dan 
perlembagaan Negara yang jelas memperuntukan kuasa bagi Sultan-sultan di semua 
negeri bagi melantik Mufti-mufti. Mereka tiada hak untuk mendesak agar Mufti 
Negeri Perak di pecat.

Tindakan ini sungguh kurang ajar dan menghina institusi Beraja di negara ini. 
Mereka telah bertindak liar dan  melampaui batas dengan cuba menasihati Sultan 
dan Ketua-ketua negeri berhubungan masalah umat Islam.

Resolusi ini dilihat sebagai ancaman kepada Perpaduan Kaum yang kini semakin 
carik angkara hasutan dan provokasi pihak-pihak tertentu yang dengki dan 
irihati terhadap hak keistimewaan orang Melayu dan Islam yang telah 
diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Mereka seharusnya bersyukur kerana dapat menjadi rakyat negara ini dan bukan 
cuba untuk mencampuri urusan yang bukan menjadi tanggungjawab mereka.

DPPWP amat kecewa kerana golongan ini yang turut disertai oleh kebanyakkan 
Pemimpin Gerakan dan kmponen BN tidak faham maksud ‘berterima kasih’ dengan 
terus menerus ‘membaling batu ke rumah-rumah orang Melayu dan Umat Islam’. 
Mereka terus berusaha mencabar dan meminta hak yang lebih sama ada dengan cara 
diplomasi atau pun provokasi.

Dalam hal ini, DPPWP mendesak agar Presiden Parti  Gerakan, Dato' Seri Dr. Lim 
Keng Yaik mengambil tindakan tatatertib kepada ahli serta pemimpin Parti 
Gerakan Wilayah Persekutuan yang terlibat dalam meluluskan resolusi tersebut.

DPPWP juga mahu agar Pengerusi Parti Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Tan 
Kee Kwong memohon maaf secara terbuka dan menarik balik resolusi berkenaan bagi 
menjaga Perpaduan Rakyat antara berbilang bangsa di negara ini.

DPPWP juga mengesa agar orang-orang Melayu dan umat Islam yang menyertai parti 
ini agar keluar dari parti ini kerana telah turut menghina hak dan agama mereka.

Orang-orang Melayu yang masih ingin menyertai Parti ini telah melakukan satu 
dosa besar terhadap Islam kerana bersekongkol dengan mereka dalam menjahati 
Islam dan pemimpin umat Islam. Mereka seharusnya mengerti bahawa Mufti-mufti 
ini dilantik dan bekerja untuk menjaga Agama Islam dan Hak-hak orang  Islam.

Oleh itu, umat Islam di negara ini harus bersatu bagi mempertahankan Institusi 
Mufti yang ada. Biarlah umat Islam sendiri yang menentukan hala tuju Institusi 
ini.

Sehubungan dengan itu, DPPWP akan bertemu dengan pemimpin Parti Gerakan untuk 
berdialog dan menghantar Memorandum Bantahan ke Ibupejabat Parti Gerakan di 
Menara PGRM, Cheras pada 6 April 2007 (Jumaat). Satu Demontrasi Aman bagi 
menyatakan kesungguhan bantahan ini akan turut diadakan pada hari yang sama.

DPPWP juga menyarankan agar seluruh rakyat yang cintakan perpaduan dan keamanan 
di dalam dan luar negara menghantar surat atau memorandum kepada Parti Gerakan 
bagi mendesak mereka menarik semula resolusi tersebut. Desakan ini boleh 
dihantar ke alamat berikut sebagai tanda kita membantah tindakan biadap mereka:

Dato Seri Dr.Lim Keng Yaik
Presiden
Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Level 5, Menara PGRM,
8,  Jalan Pudu Ulu, Cheras,
56100 KUALA LUMPUR.
Tel : 03-92876868
Fax : 03-92878866
Email: [EMAIL PROTECTED]

Datuk Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Wilayah Persekutuan
12-1, Jalan 1/77B,
Off Changkat Thambi Dollah, Pudu,
55100 KUALA LUMPUR
Tel : 03-2417855
Fax: 03-2449017
Email: [EMAIL PROTECTED]

Salinan Kepada:

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan 
Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan
33007 Kuala Kansar
Perak Darul Ridzuan.
TEL: 605-7761141 / 7761144 Fax: 605-7763724

Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

Datuk Seri Harussani  Zakaria
Mufti Perak
Jabatan Mufti Negeri Perak
Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh Tel: 05-2545332 Faks: 05-2419694
Email: [EMAIL PROTECTED]

Parti Gerakan seharusnya memfokuskan isu-isu yang berkaitan kebajikan 
masyarakat khususnya di kawasan dan negeri yang mereka tadbir. Isu masyarakat 
Melayu di Pulau Pinang perlu diberi perhatian serius memandangkan parti itu 
masih lagi menerajui negeri itu. Selain itu, pemimpin Parti Gerakan seharusnya 
bersama rakyat bagi menyelesaikan isu kenaikan minyak dan tol.

Parti Gerakan juga harus berusaha memperbaiki sikap mereka dan tidak terus 
menerus mencari musuh. Sikap suka menjaga tepi kain orang dan perbalahan mereka 
dengan Parti Progresif Rakyat (PPP) turut memberikan imej yang buruk kepada 
parti itu yang dilihat suka berlagak samseng dan  angkuh.

Oleh itu, DPPWP menasihatkan agar pemimpin Parti Gerakan bersikap berhati-hati 
dan berfikir secara lebih matang dalam menangani isu-isu sensitif jika ingin 
terus berada dalam persada politik Negara.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan




                
---------------------------------
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with 
Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

Kirim email ke