Sila lawati: http://mufti.perak.gov.my/
 
BEBERAPA PERKARA SYUBHAH (MERAGUKAN )DALAM PELABURAN INTERNET.
LATAR BELAKANG
Sejak kebelakangan ini terdapat banyak persoalan hokum yang diutarakan memohon 
penjelasan mengenai hokum melabur dalam skim pelaburan di internet.
Banyak Syarikat Pelaburan mendakwa dan berjanji memberikan pulangan yang 
menarik kepada pelabur .Ternyata tawaran-tawaran ini telah mendapat sambutan 
yang amat memberangsangkan sehingga sengaja lupa atau terlupa soal halal dan 
haram dalam transaksi berkenaan
PENDAHULUAN
Oleh kerana terlalu benyak persoalan yang ditimbulkan mengenai isu ini dan 
telah membabitkan syarikat-syarikat yang berbagai namun apa yang menariknya 
pendekatan syarikat-syarikat ini hamper-hampir sama di antara satu sama lain 
samada ia menamakan syarikatnya swiss cash , em-pay, ABB Fund, Eaindex , Arabic 
Fund, buy barrel dan lain-lain yang mungkin banyak lagi akan muncul serta 
mungkin akan menggunakan nama-nama yang berbau “Islamik” untuk memancing 
wang-wang peserta, satu garis panduan umum perlu diketengahkan kepada 
masyarakat .
Garis panduan ini diharap dapat digunakan oleh masyarakat dalam membuat 
keputusan untuk terlibat dalam pelaburan berkenaan.
BEBERAPA LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH BAKAL PELABUR.
1. Pastikan jenis aqad secara jelas ketika memulakan urusan pelaburan/transaksi 
samada mudharabah , wadiah atau memberi pinjaman(al qardh) kerana setiap 
transaksi berkenaan mengandungi rukun-rukun dan syarat sah yang perlu dipatuhi 
agar ia sah dan diiktiraf secara syara’ .
2. Bakal pelabur wajib menyelidiki sector perniagaan yang wang kita dilaburkan 
di dalamnya samada ia dilaburkan di dalam sector- sektor yang halal atau haram 
ataupun syubhah.
1
3. Ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh bakal pelabur tentang potensi 
ia diperdaya atau ditipu malah tidak dilindungi oleh mana-mana undang-undang 
.Sering diistilahkan sebagai transaksi yang mempunyai unsur-unsur gharar.
4. Langkah yang paling mudah dan ringkas bagi mereka yang kurang memahami 
istilah dunia perniagaan jenis baru ini dan mengetahui status hukumnya ialah 
dengan menyelidik samada syarikat berkenaan mengandungi penasihat syariah 
ataupun tidak .Jika syarikat berkenaan mengandungi barisan jawatankuasa 
pemantauan syariahnya maka para pelabur boleh terus berhubung dengan 
ahli-ahlinya jika berlaku apa-apa keraguan yang timbul .
BEBERAPA PERKARA YANG AMAT MERAGUKAN DALAM PELABURAN-PELABURAN INTERNET.
Terdapat beberapa keraguan dalam pelaburan internet bila ditinjau dari 
keempat-empat perkara di atas .Atau dengan lain perkataan jika bakal pelabur 
mendapati bahawa terdapat perkara –perkara yang disebutkan di bawah dalam 
mana-mana pelaburan dengan memakai nama atau jenama sekalipun maka ia termasuk 
dalam perkara syubhat dan wajib dijauhi serta ada kalanya ia jelas haram
1. ISU AQAD
Hampir keseluruhan transaksi syarikat-syarikat ini menggunakan istilah 
pelaburan.Di dalam Islam pelaburan adalah dibenarkan dengan mematuhi segala 
syarat sah dan rukun-rukunnya.
Terdapat sekurang-kurangnya dua pelanggaran syarat sah pelaburan seperti yang 
telah ditetapkan oleh syara’ iaitu
1.1 Ada jaminan dari syarikat sebagai pengusaha bahawa modal pelabur tidak akan 
berlaku pelupusan atau modal pelabur dijamin tidak akan rugi .Jaminan ini telah 
merosakkan aqad pelaburan .
Syarikat sebagai pengusaha adalah pihak yang memegang amanah (yad 
amanah)terhadap modal yang diserahkan kepadanya .Bermaksud dia tidak perlu 
membayar gantirugi terhadap modal pelaburan yang musnah dalam pegangannya 
kecualilah jika ia berlaku secara sengaja atau kerana kecuaiannya dalam 
melaksanakan tanggungjawabnya.Ini bermakna segala kerugian sepanjang pelaburan 
akan ditanggung oleh pelabur (bakal pelabur boleh merujuk secara mudah perkara 
ini dalam buku Kitab Feqh Mazhab Syafie jilid 7 halaman 1319 cetakan pertama 2
2005 ,prospecta printers sdn bhd –kitab ini adalah diterjemahkan dari kitab al 
fiqh al manhaji )
1.2 Kebanyakan syarikat pelaburan ini menawarkan jumlah tertentu serta menjamin 
pulangan atau keuntungan dalam jumlah yang telah ditentukan secara pasti sejak 
awal lagi. Sebagai contoh, jika anda meletakkan duit pelaburan sebanyak RM 
10,000 bagi tempoh 5 bulan, anda pasti akan diberi pulangan dengan jumlah 
tertentu (seperti RM 5,000)
Jaminan ini tidak menepati syarat kontrak pelaburan dalam Islam.Disyaratkan 
keuntungan setiap pihak mestilah ditetapkan pada kadar tertentu bukan pada 
jumlah yang tertentu.Maksudnya , hasil yang bakal diperolehi akan dibahagikan 
mengikut peratus tertentu , contohnya 25% ,50% atau sebagainya.
Kontrak pelaburan tidak sah jika kadar keuntungan yang bakal diperolehi oleh 
salah satu pihak samada pelabur atau pengusaha (syarikat)ditentukan menurut 
jumlah tertentu .Contohnya , syarat tersebut menyatakan salah satu pihak akan 
menerima RM 1000.00 daripada keuntungan atau jumlah tertentu . (bakal pelabur 
boleh merujuk secara mudah perkara ini dalam buku Kitab Feqh Mazhab Syafie 
jilid 7 halaman 1317-1318 cetakan pertama 2005 ,prospecta printers sdn bhd 
–kitab ini adalah diterjemahkan dari kitab al fiqh al manhaji )Seperti juga 
dengan dijanjikan amaun tertentu akan didapati dalam tempoh tertentu seperti 
dengan melabur RM 1,000 dalam masa 10 hari akan menerima RM 100.00
Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat 
seluruh ulama sebagai haram kerana ia adalah Riba. Hadith Nabi yang menyebut :
أن الخراج بالضمان
Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan 
menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti 
menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)" (Riwayat 
As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)
1.3 Jika kontrak yang dibuat bukan aqad atau kontrak mudharabah adakah ia 
mungkin aqad atau kontrak memberi pinjaman.Kalau pun ia aqad atau kontrak 
memberi pinjaman , ia tetap haram kerana wang yang bakal dikembalikan oleh 
syarikat berkenaan akan beserta dengan amaun atau jumlah tambahan terhadap 
jumlah modal pinjaman dan bayaran dilakukan secara bertangguh dan kadar lebihan 
wang berkenaan telah ditetapkan dari awal lagi.Ia dinamakan riba yang 
diharamkan oleh Islam.
3
2. ISU DI MANA WANG KITA DILABURKAN.
Bakal pelabur mesti berusaha untuk mengetahui di manakah wang mereka 
dilaburkan.Jika ia dilaburkan di tempat-tempat yang diharamkan seperti sector 
yang bersangkutan dengan arak, pelacuran , perjudian ,instrument riba dan apa 
juga perkara yang jelas haram atau,maka pulangan dari pelaburan itu adalah 
haram.
Apabila penelitian dibuat terhadap syarikat-syarikat berkenaan di dapati mereka 
mencampuradukkan antara pelaburan –pelaburan halal seperti minyak dan 
sebagainya dan juga pelaburan-pelaburan yang haram dan syubhat seperti 
perniagaan mata wang .
Jawatankuasa Syariah Negeri Perak pernah mengeluarkan keputusan bahawa 
forex(perniagaan matawang ) yang dibenarkan dalam syariah ialah perniagaan 
pertukaran matawang yang berlaku (taqabudh) serah menyerah semasa transaksi 
berlaku seperti pertukaran wang asing semasa keluar negeri kerana ia merupakan 
keperluan untuk berurusniaga di negara berkenaan.Jika tidak berlaku serah 
menyerah pada waktu yang sama seperti serahan bertangguh maka transaksi itu 
adalah tidak dibenarkan dalam syarak berdasar kepada hadith Rasululullah SAW 
yang bermaksud
Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan 
gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan 
sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan 
jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( HR Muslim)
Jika ada syarikat atau individu yang mendakwa Jabatan ini mengeluarkan apa-apa 
sijil kebenaran perniagaan matawang , maka dakwaan berkenaan adalah tidak benar 
.
3. ISU POTENSI PELABUR DITIPU (GHARAR)
Kebanyakkan Syarikat hanya mendedahkan indentitinya serta aktiviti 
perniagaannya hanya melalui internet dan segala perjanjian hanya melalui 
internet .Para pelabur dengan penuh kepercayaan mungkin kerana tersilau dengan 
janji pulangan atau sekadar mencuba langsung tidak memikirkan di mana nasib 
duitnya kalau syarikat berkenaan menutup laman webnya dan tidak memikirkan 
undang-undang apakah yang akan melindungi haknya di mahkamah.
4
Mungkin ada yang beralasan sekadar mencuba nasib dengan melabur dengan jumlah 
yang sedikit tetapi hakikatnya wang yang sedikit itu juga adalah amanah Allah 
yang wajib kita jaga dan tetap dipersoalkan semula .
Dalil pengharamannya adalah dari hadith Nabi SAW : للها لوسر ىهن صلى الله عليه 
وسلم عن بيع الغرر
Ertinya : "Nabi SAW melarang dari berjual beli dengan kewujudan Gharar" ( 
Riwayat Muslim),
4. ISU PANEL SYARIAH
Panel Syariah dalam sesebuah syarikat sangat berperanan menentukan segala 
perjalanan transaksi samada ada menepati kehendak syara’ ataupun tidak 
.Sepaling tidak pun kita bersandar kepada kepakaran mereka menentukan halal 
ataupun tidak urusniaga itu.
Syarikat-syarikat pelaburan internet tidak mempunyai panel syariahnya 
tersendiri , oleh itu bagaimanakah kita dapat memastikan perjalanan urusniaga 
syarikat ini bertepatan dengan syara’.
Terdapat beberapa laman web syarikat berkenaan yang interaktif .Pelabur boleh 
bertanya persoalan dimana tempat –tempat wang kita dilaburkan dan akan dijawab 
oleh laman web berkenaan bahawa ia tidak melabur ditempat-tempat yang 
diharamkan.Persoalannya badan manakah dan siapakah yang akan memastikan apa 
yang dijelaskan itu benar ? Maka di sinilah peranan panel syariah yang 
diwujudkan dalam mana-mana syarikat kewangan.
APA SIKAP KITA TERHADAP PERKARA YANG SYUBHAT (MERAGUKAN)?
Dalam menghadapi isu-isu syubhat , Islam sangat menuntut umat Islam 
meninggalkan perkara-perkara yang meragukan kepada perkara yang meyakinkan 
berdasar kepada hadith – hadith Rasulullah SAW:
هيلع للها ىلص للها لوسر طبس بلاط ىبأ نب ىلع نب نسحلا دمحم ىبأ نع لاق امهنع للها 
ىضر هتناحيرو ملسو : هيلع للها ىلص للها لوسر نم تظفح ملسو :كبيري لا ام ىلا كبيري 
ام عد 5
Daripada Abu Muhammad al Hassan Ali bin Abi Talib , cucu Rasulullah SAW dan 
penawar hati baginda .Beliau berkata :Aku menghafal daripada Rasulullah SAW 
:Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan.
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan An Nasai .Imam Tirmizi telah berkata 
:Hadith ini hadith hasan Sahih)
Dalam hadith yang lain Baginda SAW menyebut :
لاق امهنع للها ىضر ريشب نب نامعنلا للها دبع ىبأ نع : للها لوسر تعمس لوقي ملسو 
هيلع للها ىلص : تاهبتشم رومأ امهنيبو نيب مارحلاو نيب للاحلا نإ سانلا نم ريثآ 
نهملعي لا , هضرعو هنيدل أربتسا تاهبشلا ىقتا نمف , نمولا لوح ىعري ىعارلاآ مارحلا 
ىف عقو تاهبشلا ىف عقو عتري نأ كشوي ىمح اذإ ةغضم دسجلا ىف نإو لاا همراحم للها 
ىمح نإو ىمح كلم لكل نإو لاا هيفبلقلا ىهو لاا هلآ دسجلا دسف تدسف اذإو هلآ دسجلا 
حلص تحلص
Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir r.a katanya:”Aku mendengar 
Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang 
haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang 
syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya .Sesiapa yang menjaga 
dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan 
kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat 
, dia akan jatuh kepada perkara yang haram.Seperti pengembala yang mengembala 
di sekitar kawasan larangan ,dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di 
dalam nya .Ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan 
dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya .Ketahuilah 
bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging , apabila ia baik , maka 
baiklah seluruh jasadnya .Apabila ia rosak , rosaklah seluruh jasadnya , 
ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati.
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab “iman’ pada bab 
siapa yang membersihkan agamanya ,juga dalam kitab jual beli , Imam Muslim 
meriwayatkan dalam kitab jualbeli dalam bab mengambil yang halal dan 
meninggalkan syubhat.
Rasulullah SAW bersabda:
6
نابتسا ام عقاوي نأ كشوأ مثلإا نم هيف كشي ام ىلع أرتجا نمو
Sesiapa yang berani melakukan dosa yang diraguinya , hamper-hampir dia akan 
melakukan dosa yang jelas (Hadith Riwayat al Bukhari )
Dalam satu riwayat
رسجي نأ كشوي ةبيرلا طلاخي نم
Sesiapa yang bergelumang dengan perkara yang diragui hamper-hampir ia akan 
berani melakukan perkara yang jelas haramnya.
DI MANAKAH SEPATUTNYA WANG KITA LABURKAN
Wang kita sepatutnya dilaburkan di tempat-tempat yang benar-benar halal kerana 
kadang-kadang isu pelaburan di internet dibincang dengan dilatari dengan 
ketamakan dan haloba kita kepada harta tanpa memikir soal syubhat atau tidak 
dan diburukkan lagi dengan sentiment emosi seperti tuduhan berdengki apabila 
melihat orang lain kaya dan sebagainya.
Islam tidak pernah melarang umatnya menjadi kaya raya namun mestilah kekayaan 
itu diperolehi secara halal , dibelanjakan secara halal , tidak sombong dengan 
kekayaan yang ada dan menunaikan tanggungjawab social dan agama menerusi 
hartanya.
Para pelabur boleh mencari tempat-tempat pelaburan yang sah mengikut syara’ 
dengan meneliti laman web berikut
http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=279&Itemid=72
http://www.investaaa.com/
http://www.albaraka.com/index.htm
Anda boleh membeli saham-saham atau melabur di saham amanah islam di tawarkan 
oleh mana-mana Bank Islam, Institusi Kewangan dan lain-lain Syarikat yang 
menawarkannya dengan syarat ia diktiraf sebagai Saham Amanah Islam. Selain itu 
boleh juga membeli ‘Islamic bond' atau Sukuk' yang diiktiraf menepati Shariah 
oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti, untuk info lanjut sila 
buka:- 7
• http://www.sc.com.my/eng/html/icm/listofIBond.htmlhttp://www.sc.com.my/eng/html/icm/listofMIF.htmlhttp://www.sc.com.my/eng/html/icm/sas/syariahOct06.pdf
PENUTUP
Mudah-mudahan sama-sama kita berdoa kepada Yang Maha Pemurah agar dengan 
panduan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada kita mengenai 
beberapa perkara yang paling asas berkaitan isu-isu yang meragukan dalam bentuk 
urusniaga pelaburan diinternet dan dicadangkan beberapa tempat pelaburan yang 
diyakini dapat menyelamatkan kita dari bergelumang dengan perkara-perkara 
syubhat.
نيعمجأ هبحصو هلآ ىلعو دمحم انديس ىلع للها ىلصو
 
Zamri bin Hashim
12.57 tgh
9R’Awal 1428
 
8



Need Mail bonding?
Go to the Yahoo! Mail Q&A for great tips from Yahoo! Answers users.





Be a PS3 game guru.
Get your game face on with the latest PS3 news and previews at Yahoo! Games.


 
____________________________________________________________________________________
The fish are biting. 
Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing.
http://searchmarketing.yahoo.com/arp/sponsoredsearch_v2.php

Kirim email ke