aHmadHazieq <[EMAIL PROTECTED]> wrote: ISU PEMECATAN MUFTI PERAK SELESAI SECARA
BAIK
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan Alhamdulilah dan
syabas kepada seluruh umat Islam kerana kemenangan yang diberikan oleh Allah
terhadap Isu Pemecatan Mufti Perak.
Tindakan YB. Datuk Dr Tan Kee Kwong memohon maaf secara terbuka adalah bukti
bahawa jika umat Islam bersatu dan bangkit mempertahankan hak dan kepercayaan,
maka tiada siapa yang berani menghina serta memperlekehkan umat Islam.
DPPWP berharap agar kejadian ini menjadi satu pengajaran kepada semua pihak
agar terus menghormati hak dan kepentingan semua pihak.
Penyelesaian sebegini adalah positif dan memberikan impak yang berganda
kepada semua pihak. Tindakan Parti Gerakan dan YB. Tan dalam menyelesaikan
masalah ini dengan segera amatlah bertepatan dengan kehendak semua pihak dan
DPPWP akan meneruskan misi bagi membina hubungan yang baik bersama Parti
Gerakan dan seluruh organisasi politik dan NGO yang ada.
DPPWP tidak berminat untuk bermusuh dengan mana-mana pihak. Bukanlah dasar
PAS untuk menjadi kumpulan ekstrimis atau cauvinis. PAS lebih suka memilih
jalan perundingan dan demontrasi adalah pilihan jika perundingan dianggap
kurang menyengat.
Tindakan Demontrasi pada Jumaat lalu bukanlah propaganda DPPWP untuk
menakutkan rakyat tetapi sebagai satu perhimpunan umat bagi menyatakan hasrat
rakyat yang beragama Islam yang cintakan kedamaian dan keharmonian. Setiap
bangsa dan agama mempunyai budaya dan kepercayaan yang harus dihormati semua
pihak.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita semua memahami batas-batas yang ada dan
saling hormat menghormati.
Kamaruzaman Mohammad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
---------------------------------
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo!
Security Centre.