Kawalan merokok: Harga rokok faktor menarik perokok
Muhammad Sha'ani Abdullah
Tue | Apr 10, 07 | 12:40:43 PM Kenapakah
tembakau suatu keutamaan kesihatan umum?
Tembakau merupakan penyebab kedua terbesar kematian di dunia. Ia menyebabkan
kematian dewasa satu dalam sepuluh seluruh dunia(5 juta kematian setahun)Jika
tabiat merokok berterusan akan menyebabkan kematian hampir 10 juta setahun
sehingga tahun 2020. Separuh daripada bilangan perokok kini-yakni hampir 650
juta orang-akan mati akibat tembakau.
Tembakau adalah faktor risiko penyakit keempat penting di dunia. Beban kos
tembakau juga adalah dasyat. Tambahan pula kos rawatan kesihatan umum untuk
merawat penyakit-penyakit berpunca penggunaan tembakau, tembakau juga membunuh
orang pada usia puncak produtivitinya, menghilangkan tempat gantung bagi
keluarga-keluarga dan negara tenaga kerja yang sihat.
Tembakau dan kemiskinan berkait rapat. Samping kesan buruk secara langsung
terhadap kesihatan, tembakau juga menyebabkan kekurangan pemakanan, kos
kesihatan yang tinggi serta kematian bayi.
Ia juga menyumbangkan terhadap buta huruf dan menjerumuskan kadar kemiskinan.
Pengalaman menunjukkan bahawa terdapat banyak cara-cara yang berkesan dan murah
untuk mengawal tabiat merokok dalam keadaan-keadaan yang berlainan.
Strategi yang berkesan adalah dasar-dasar umum seperti:
pengharaman iklan langsung dan tidak langsung
cukai ke atas tembakau
kenaikan harga rokok
suasana bebas asap rokok di umum dan tempat kerja dan
gambar-gambar menunjukkan label amaran grafik pada bungkusan.
Kesemua langkah-langkah ini telah dibincangkan dalam peruntukan-peruntukan di
bawah Konvensyen Rangka Kerja Bagi kawalan Tembakau (FCTC)WHO.
Malangnya langkah-langkah kesihatan awam Malaysia dilemahkan oleh
langkah-langkah syarikat tembakau multinasional terkemuka.
Syarikat-syarikat ini telah lama mengelak daripada sekatan periklanan dengan
menjalankan amalan periklanan tidak langsung yang menggunakan jenama, satu
masalah yang perlu ditangani negara dengan mengharamkan iklan secara menyeluruh
pada tahun 2003.
Kini syarikat-syarikat itu sedang berusaha untuk melemahkan kenaikan cukai
tembakau dengan menawarkan diskaun dan menambah bilangan rokok dalam peknya.
Setiausaha Agung FOMCA
---------------------------------
Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.