Projek Dana Khas PAS Tambun berjaya
Johari Jaafar
Sun | Apr 22, 07 | 04:36:11 PM IPOH, 22 April
(Hrkh) - Dana Khas yang dilancarkan pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tambun
tahun lalu oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, disifatkan
sebagai berjaya di mana jumlah kutipan yang dapat dikumpul membanggakan.
Pada hari ini wang Dana Khas yang telah dilancarkan setahun yang lalu kita
agihkan antaranya untuk PAS Kawasan dan sumbangan kepada Sekolah Rendah
Tarbiyah Islamiah (SRATI), Tanjung Rambutan.
Demikian dinyatakan oleh Yang DiPertua PAS Tambun, Dr. Khairuddin Dato Abdul
Malik, ketika berucap di majlis mesyuarat agung PAS kawasan berkenaan, kelmarin.
Beliau melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana dana khasnya yang
dilancarkan itu berjaya.
PAS Kawasan Tambun turut berbangga dengan projek ekonomi yang kita laksana
sekarang ini, Pasar Mini Qaswa telah berjaya memberikan dividen kepada
ahli-ahlinya serta telah dapat mengerluarkan zakat, ujar beliau.
Menurut beliau lagi, PAS Kawasan Tambun juga merupakan pemberi infa wajib
terbesar kepada PAS Negeri Perak, iaitu sebanyak RM9,000.00, walau pun jumlah
keahlian PAS Kawasan Tambun berada di tangga ke-8 daripada seluruh PAS kawasan
di negeri ini.
Dalam masa sama kita terus mempertingkat pengisian ilmu melalui Majlis Ijtima
yang bergerak dari satu cawangan ke cawangan yang lain. Syabas saya ucapkan
kepada seluruh pimpinan PAS cawangan yang telah menunjukkan komitmen yang
tinggi, katanya lagi.
Pencapaian yang kita perolehi sekarang ini dilihat baru di sekitar 5060
peratus pembabitan kita dalam parti, alangkah baiknya jika kita dapat
mempertingkatkan gerak kerja kita menjadi 80-90 peratus, saya pasti kita mampu
dan kejayaan yang cemerlang pasti dapat kita lakukan, tegasnya.
Beliau turut mengingatkan perwakilan cawangan dan ahli agar tidak menjadi hanya
pemerhati dan pengkritik sahaja, sebaliknya mereka perlu menjadi pencetus
kepada perubahan.
Kita jangan sibuk mencari kesalahan orang lain, sebaliknya kita bekerja secara
berpasukan bagi memastikan parti mencapai kejayaan, katanya lagi.
Majlis perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tambun telah dilakukan oleh Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub. - mns
---------------------------------
Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.