SOKONG....!!!!
SOKONG SANGAT2...BIAR CEPAT2 DILAKSANAKAN...


----- Original Message ----
From: syed dahij <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Sunday, May 6, 2007 11:38:03 PM
Subject: [harakahdaily] Kerajaan Kelantan bakal guna 'wi-5', beri kemudahan 
internet pada rakyat


Kerajaan Kelantan bakal guna 'wi-5', beri kemudahan internet pada rakyat 
Salmiyah Harun 
Sun | May 06, 07 | 02:05:47 PM 
KOTA BHARU, 6 Mei (Hrkh) - Kerajaan Kelantan sedang merangka kemudahan internet 
yang lebih menyeluruh melalui penggunaan 'wi-5' yang membolehkan rakyat negeri 
itu menerokai dunia teknologi maklumat sejajar dengan era globalisasi pada masa 
kini.



Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan 
Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, seluruh rakyat negeri itu 
akan berlumba-lumba melibatkan diri dalam bidang tekonologi maklumat terutama 
untuk pendidikan, perniagaan seperti menyalurkan maklumat iklan.


Katanya ketika ditemui dalam Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Kelantan ke-34 
di Putik, semalam, rakyat Kelantan boleh mengiklankan perniagaan berbentuk 
kemudahan seperti homestay, hostel, dan berbagai-bagai perkhidmatan lain yang 
jauh lebih murah di internet.


Tambahnya, kemudahan 'wi-5' ini boleh digunakan di kawasan terpencil dengan 
kelajuan internet yang tinggi.


Beliau menjelaskan, rakyat tidak perlu membeli komputer untuk mengakses 
internet sebaliknya hanya membeli alat tersebut yang berharga tidak kurang 
RM200 dan dipasang di televisyen.


"Televisyen di rumah akan berperanan sebagai skrin komputer, cuma kita kena 
tambah 'keyboard' untuk melengkapkan sistem itu, dengan kemudahan ini kita 
boleh melayari internet seperti menggunakan komputer, kos ini lebih murah," 
katanya.


Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan berkata, mereka yang 
berpendapatan rendah boleh menggunakan kemudahan ini dengan skrin televisyen 
dan berpeluang untuk menikmati internet sebagaimana orang lain.


Bagaimanapun, Husam berkata, kemudahan itu akan dipantau oleh kerajaan untuk 
mengelak daripada disalahgunakan seperti melayari laman web lucah dan 
sebagainya.


Melalui kemudahan ini, rakyat Kelantan tidak lagi akan dikatakan tertinggal di 
belakang dalam persaingan internet.


"Kerajaan (pusat) harus ingat satu masa nanti tidak ada sekatan penyaluran 
maklumat, melalui web tv internet ini seluruh dunia dapat melihat dan saluran 
maklumat yang terbuka tidak lagi terkongkong seperti sekarang," katanya. - mns 




Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy 
and free. Do it now...


Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke