ADUAN PILIHAN MINGGU INI...TANAH SEKOLAH AGAMA DIKOMERSIALKAN (Dari Laman Web Persatuan Pengguna Islam Malaysia) Tujuan saya membuat aduan ini adalah kerana tanah lot PT 4 ( Lot 55232 & 55233 ) seluas 2 ekar di USJ 17, Mukim Damansara Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan telah disalahguna untuk tujuan komersial walaupun mengikut perancangan awal, tanah tersebut sepatutnya digunakan untuk membina sekolah agama, tetapi entah kenapa tiba-tiba tanah tersebut telah diiklankan untuk membina kawasan perumahan.
Pelan pembangunan tanah untuk dimajukan sebagai sekolah agama yang diamanahkan kepada Majlis Amanah Islam Selangor sebagai pemegang amanah telah bertukar sebagai cadangan pembangunan rumah berkembar 2 tingkat. Persoalannya di manakah tanggungjawab MAIS sebagai pemegang amanah dan bagaimana pelan pembangunan ini diluluskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya dengan begitu mudah. Bagaimana perkara seperti ini terjadi di bumi Malaysia dan Islam sebagai agama rasmi. Saya berasa sedih, muak dan jelik dengan kerakusan mereka yang menggadai maruah serta agama untuk memenuhi kantung poket sendiri. Kalau tiada badan yang memperjuangkan perkara seperti ini bagaimanakah nasib anak bangsa kita dan maruah Islam di negara yang melaungkan Islam Hadhari. Saya amat berharap PPIM dapat membantu mengutarakan isu ini bagi membela maruah umat Islam yang semakin terhakis akibat ketamakan dunia oleh anak bangsa kita sendiri yang termakan sogokan mereka yang ingin menjatuhkan maruah ummah. -Penduduk USJ 17- http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.340 Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com Laman Web Pemuda PAS NS www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net Blog AMKNS http://amkns.blogspot.com & Blog Cikgu Badrul http://chegubard.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com Subscribe: [EMAIL PROTECTED] Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED] Digest message: [EMAIL PROTECTED] HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com PAS Homepage: http://www.parti-pas.org HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
