herman samsudeen <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Edaran Risalah : Orang Cina Tidak
Boleh Baca Tulisan Cina
Taman Maluri, KL-6 Mei 2007: Dewan Pemuda PAS Titiwangsa telah mengadakan
program edaran risalah disekitar Pasar Malam Taman Maluri selepas solat maghrib.
Dalam program ini, seramai 10 orang ahli pemuda telah hadir dan dipecahkan
kepada 2 kumpulan. Program yang diketuai oleh Ketua Pemuda Titiwangsa, Sdr.
Herman Samsudeen ini telah membawakan risalah Ren Min Shi Shi dan Kempen Cegah
Jenayah ketengah masyarakat Maluri, khusus untuk memberikan informasi serta
menampilkan imej prihatin PAS dalam misi merakyatkan PAS di Parlimen Titiwangsa.
Program ini menerima sambutan yang agak sederhana dari para pengunjung,
khususnya dari kaum Cina. Kebanyakan mereka mengakui tidak boleh membaca
tulisan Cina, malah ada juga kalangan mereka yang tidak begitu fasih berbahasa
Cina. Kebanyakan pengunjung berbangsa Cina lebih senang menggunakan Bahasa
Inggeris untuk berkomunikasi.
Senario ini jelas menunjukkan bahawa dasar tidak toleran Kerajaan Malaysia
melalui Kempen Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Subjek Sains dan Matematik
sedikit sebanyak menenggelamkan bahasa Ibunda mereka. Dahulu kita risau jika
Bahasa Melayu akan luput dari pemikiran umat Melayu. Dalam masa yang sama tanpa
kita sedari, desakan massa ini juga menghimpit Bahasa Cina dan India yang
selama ini gah dipertahankan melalui sistem pendidikan Vernakular.
Polisi Kerajaan bagi menggalakkan pengembangan dan penggunaan Bahasa Ibunda
dalam pertuturan dan penulisan haruslah diwujudkan secara serius dan tidak
menganaktirikan sistem Vernakular dan Pendidikan Sekolah Melayu melalui Sistem
Pondok Moden. Revolusi pendidikan yang dibawakan oleh Mahathir dan diteruskan
oleh Pak Lah amatlah merugikan bangsa Melayu, Cina dan India dinegara ini.
Kemungkinan besar, suatu hari nanti akan lahir generasi Melayu, Cina dan India
yang hanya mampu menatap lembaran sejarah dan tulisan sejarah bangsa mereka
dikaca Muzium tanpa mengerti apa-apa pun.
Walaupun risalah Bahasa Cina ini tidak boleh dibaca oleh segelintir Kaum
Cina, tetapi risalah Kempen Cegah Jenayah mendapat sambutan baik sebagai
alternatif pada program malam ini. Yang menarik sekali, sambutan agak baik
diterima khususnya dari para peniaga yang tanpa berselindung memberikan
sokongan dan kata-kata semangat kepada para petugas. Malah mereka turut
memberikan galakan agar program tersebut diadakan selalu.
Sokongan dan dorongan ini sekaligus telah melunturkan rasa letih para petugas
yang masih bersemangat untuk meneruskan aktiviti ini pada minggu-minggu yang
akan datang-AhmadHazieq
lawati :
http://dppwp.wordpress.com
http://syukran.wordpress.com
---------------------------------
Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy
and free. Do it now...