Pemuda Perak lancar 'Operasi Dakwah' di Konsert 'Jom Heboh'
Johari Jaafar
Tue | May 08, 07 | 05:09:15 PM IPOH, 8 Mei
(Hrkh) Dengan kekuatan 100 pemuda dan unit amal serta lebih 9,000 risalah,
Dewan Pemuda PAS Perak melancarkan 'Operasi Dakwah' terhadap
pengunjung-pengunjung yang membanjiri tapak pesta di malam kemuncak Konsert
'Jom Heboh' di Ipoh baru-baru ini.
'Operasi Dakwah' dan pengedaran risalah itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda
PAS Perak, Mustafa Abdul Wahab dan ternyata `mengejutkan pengunjung yang hadir
tetapi mereka memberikan sambutan yang baik.
"Kebanyakkan pengunjung terutama remaja-remaja tidak tahu adanya kenyataan
Mufti Perak dalam Berita Harian, yang menjelaskan pandangan mufti tersebut
bahawa 'Jom Heboh' adalah haram," jelas Mustafa.
Antara risalah yang diedarkan pada malam tersebut ialah kenyataan Mufti Perak
yang disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 4 Mei yang lalu, risalah isu
murtad dan risalah tentang perjuangan PAS.
Dalam pada itu, tindakan 100 pemuda PAS yang mengedar risalah pada malam itu
pada mulanya mendapat reaksi negatif daripada anggota keselamatan sehingga
menyebabkan dua petugas yang mengedar risalah tersebut ditangkap.
Namun begitu, melalui perbincangan dengan pegawai keselamatan tersebut dan
menerangkan tujuan penyibaran risalah tersebut, pihak polis melepaskan dua
petugas PAS berkenaan,kata Mustafa.
Selepas itu pegawai keselamatan dan anggota polis memberi kerjasama yang baik
dengan membenarkan risalah berkenaan diedarkan kepada orang ramai.
Kami diberitahu oleh pegawai keselamatan bahawa terdapat remaja melakukan
adegan cium di depan mata mereka sendiri.
Kami sendiri dapat menyaksikan 'malam keruntuhan moral' pada malam tersebut
yang dihadiri lebih 90 peratusnya dari pemuda dan remaja Melayu,"katanya.
Sehubungan dengan itu Pemuda PAS Perak mencabar 'Edisi Siasat' dan '360'
terbitan NTV7 dan TV3 membuat liputan secara terus dan telus serta berani
dengan menyiarkan apa sebenarnya yang berlaku pada malam kemuncak Jom Heboh
pada malam tersebut.
Operasi Dakwah Pemuda PAS Perak itu berjalan selama tiga jam bermula 9.00
malam dan berakhir jam 11.00 malam. - mks.
---------------------------------
Yahoo! Mail is the world's favourite email. Don't settle for less, sign up for
your freeaccount today.