1.8 juta tan metrik batu, debu kuari dieksport ke SIngapura
Ruhanie Ahmad
Wed | May 09, 07 | 07:02:21 PM SEJUMLAH
kira-kira 1.8 juta tan metrik batu dan debu kuari dipercayai telah mula
dieksport daripada Malaysia ke Singapura sejak dua bulan lalu.
Operasi ini dikatakan dilakukan oleh tiga buah syarikat pada kadar 10,000 tan
metrik setiap hari oleh setiap syarikat.
Batu dan debu kuari yang diperolehi daripada sebuah kuari di Negeri Sembilan
itu diangkut dengan lori ke Port Dickson sebelum dipunggahkan ke tongkang untuk
dieksport melalui Selat Melaka.
Maklumat di atas disampaikan kepada saya menerusi telefon oleh seorang
pemanggil yang tidak mahu disebut namanya.
Beliau memperolehi nombor telefon saya daripada salah satu posting saya tahun
lalu.
Pemanggil ini meninggalkan satu komen dalam blog ini semalam.
Tetapi, saya tidak boleh berbuat apa-apa dengan maklumat yang tidak lengkap
daripadanya. Bagaimanapun beliau menelefon saya hari ini untuk memberikan
maklumat selanjutnya.
Katanya, maklumat di atas diperolehinya daripada salah seorang orang dalam
yang bekerja di sebuah kuari di Nilai, Negeri Sembilan.
Dalam keadaan biasa, katanya lagi, mungkin tidak salah untuk mengeksport
batu-batan ke Singapura.
Tetapi, beliau bertanya, adakah yang dilakukan hari ini tidak salah bila
kerajaan Malaysia sendiri pun telah mengharamkan eksport pasir ke Singapura
sejak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa tahun yang lalu?
Selepas itu beliau mengulangi kata-katanya yang ditinggalkan pada blog saya
seperti berikut:
Dari maklumat terkini yang saya perolehi, nampaknya Singapura tak perlu tunggu
sampai 20 tahun untuk membesar kerana pada ketika dan saat ini lebih kurang
30,000 tan metrik batu dan debu kuari sedang dalam pelayaran ke Singapura dari
salah sebuah negeri berdaulat Malaysia! Sedangkan negara jiran (Indonsia) telah
mengharamkan penjualan batu- batan dan pasir kepada Singapura, Malaysia pula
yang beria-ia untuk membantu negara 'small red dot' menjadi red blob!
Saya tidak dapat menjawab kemusykilan pemanggil berkenaan. Tetapi, saya juga
sedang menunggu penjelasan daripada orang dalam sama ada pengharaman eksport
pasir ke Singapura juga merangkumi batu-batan dan debu kuari.
Pada waktu yang sama saya juga masih menanti perincian daripada orang dalam
yang sama mengenai ura-ura pasir pula akan dieksport ke Singapura daripada
Melaka. - http://www.kuda-kepang.blogspot.com/
---------------------------------
Yahoo! Mail is the world's favourite email. Don't settle for less, sign up for
your freeaccount today.