Isteri bekas Pengarang Harakah kembali ke rahmahtullah
Harakahdaily
Sun | May 13, 07 | 07:42:28 PM KUALA
LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) -Isteri kepada bekas Pengarang Harakah, Mohd Yusof Jalil
iaitu Hamidah Dahlan telah kembali ke rahmahtullah pada jam 3.45 petang tadi.
Sebelum ini beliau diserang penyakit angin ahmar dan dirawat di Hospital
Selayang dan baru keluar dari Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan serta
memerlukan bantuan alat pernafasan selepas menjalani pembedahan di kepala bagi
membersihkan pendarahan.
Dalam pada itu, Yusof kini terlantar uzur di rumahnya, di Kg Nakhoda,
Selayang, dekat sini akibat diserang penyakit yang sama.
Yusof merupakan antara penggerak awal akhbar Harakah ketika mula-mula
diterbitkan, April 1987, bersama-sama bekas Naib Yang Dipertua PAS, Ustaz
Nakhaie Ahmad, dan bekas Ketua Penerangan, Subky Abdul Latif.
Beliau juga pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan selama tujuh
tahun mulai 1993.
Jawatan terakhirnya sebagai Penolong Pengarah di Urusetia Penerangan.
Sebelum ini, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, mengunjungi Yusof di
rumahnya.
Bagi sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan bolehlah berhubung terus dengan
pihak keluarga Yusof, di alamat No 8706, Jalan Nakhoda Kanan 2, Kg Nakhoda,
68100 Batu Caves, talian 03-61856107.
Pihak warga Harakah merakamkan takziah kepada Yusof Jalil dan keluarga serta
mengharapakan beliau sekeluarga tabah dengan dugaan ini. Al-Fatihah. - mks.
Bantuan kepada Yusof akan diusahakan - Husam, Salahuddin
Abdul Aziz Mustafa
Sun | May 13, 07 | 09:10:00 PM KUALA LUMPUR, 13
Mei (Hrkh) - Segala bantuan yang terdaya akan disumbangkan kepada bekas
Pengarang Harakah, Mohd Yusof Jalil yang bukan sahaja lumpuh sebelah badannya
dilanda angin ahmar malah kehilangan isterinya petang tadi, kata Naib Presiden
PAS Datuk Husam Musa.
Ketika menziarahi Yusof tidak lama selepas menerima berita kematian isteri
pengarang Harakah yang pertama itu, Husam menyatakan, pihaknya akan melakukan
apa jua yang terdaya bagi meringankan beban yang menimpa Yusof dan keluarganya.
Exco Kerajaan Kelantan itu ialah pemimpin PAS yang pertama yang menziarahi
Yusof di rumahnya di Kampung Nakhoda, Selayang, sebaik sahaja berita kematian
isterinya diterima.
Beliau juga memberitahu Yusof bahawa Pengerusi Lembaga Harakah, Datuk Mustafa
Ali sendiri telah memberikan komitmen yang serius untuk membantu Yusof dan
keluarganya bagi meringankan beban mereka.
Semalam, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menziarahi Yusof. Ahli Parlimen
Kubang Kerian itu juga menyatakan komitmen untuk memastikan Yusof dibantu
melalui Pemuda PAS.
Salahuddin menyifatkan Yusof sebagai salah seorang 'guru'nya manakala Husam
pula pernah menjadi wartawan Harakah ketika Yusof menjadi Ketua Pengarang
Harakah.
"Sumbangan yang telah kami sampaikan tidaklah sebesar mana berbanding dengan
komitmen kewangan yang terpaksa ditanggung oleh Yusof untuk menyembuhkan
penyakitnya."
"Sebab itulah saya berazam untuk memastikan Yusof dibantu setakat terdaya
melalui Pemuda PAS dan saya bersyukur kepada Allah kerana Husam sebagai Naib
Presiden PAS juga memberikan komitmen untuk memastikan segala bantuan yang
terdaya kepada Yusof."
"Beliau banyak berjasa kepada PAS," kata Salahuddin ketika diberitahu berita
kematian isteri Yusof.
Isteri Yusof, Hamidah Dahlan, telah kembali ke rahmahtullah pada jam 3.45
petang tadi.
28 April lalu, Hamidah diserang penyakit angin ahmar, iaitu sembilan hari
selepas suaminya diserang penyakit yang sama.
Hamidah terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang serta
memerlukan bantuan alat pernafasan selepas menjalani pembedahan di kepala bagi
membersihkan pendarahan.
Yusof merupakan antara penggerak awal akhbar Harakah ketika mula-mula
diterbitkan, April 1987, bersama-sama bekas Naib Yang Dipertua PAS, Datuk
Nakhaie Ahmad, dan bekas Ketua Penerangan, Haji Subky Abdul Latif.
Beliau juga pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan selama tujuh
tahun sejak 1993.
Jawatan terakhirnya sebagai Penolong Pengarah di Urusetia Penerangan.
---------------------------------
Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy
and free. Do it now...
---------------------------------
Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.