Cadangan pengharaman buku 13 Mei cabuli kebebasan bersuara
Anwar Ibrahim
Fri | May 18, 07 | 06:20:34 PM Cadangan
pengharaman buku May 13 Declassified Documents on the Racial Riots of 1969
mencabuli kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
-->
Di dalam era di mana maklumat tersebar secara bebas, dan kebebasan
Perlembagaan mesti dihormati dan bukan dicabuli, undang-undang dan peraturan
yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk menyekat penerbitan mestilah digunakan
hanya dalam keadaan-keadaan yang cukup luar biasa.
Buku tersebut mungkin mengundang kontroversi, tetapi sekiranya kerajaan tidak
bersetuju dengan isu-isu yang dibangkitkan, kerajaan sepatutnya menyanggah
isu-isu tersebut dengan cara yang terbuka dan telus.
Sebagaimana isu-isu berkaitan agama, kerajaan tidak boleh menggunakan tindakan
keras untuk menutup perbincangan awam secara berterusan. Ini tidak termasuk
hakikat bahawa menyekat buku tersebut akan secara langsung meningkatkan
nilainya dan menaikkan keinginan pembaca.
Lebih penting lagi, pengharaman buku ini akan memperkukuhkan lagi tesis bahawa
rusuhan 13 Mei tersebut sememangnya disebabkan oleh rampasan kuasa yang
dirancang pimpinan tertentu untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.
Secara peribadi, saya menganggap buku ini sebagai proses untuk memberi
penjelasan kepada rusuhan perkauman 13 Mei yang selepas hampir empat dekad
terus dibincangkan secara senyap memandangkan tiada jawapan muktamad yang
diberi oleh pihak berkuasa.
Sememangnya akan wujud perbezaan pendapat berkenaan kejadian tragis di dalam
sejarah kita dan saya menyeru rakyat Malaysia untuk mempunyai pemikiran terbuka
di dalam perbincangan ini dan terus menghormati sensitiviti semua kaum.
Sehari di Kelantan: KeADILan kian relevan, rakyat semakin bangkit!
Acara di Kelantan begitu ketat sekali tetapi amat memberansangkan. Ternyata
semangat dan keghairahan di peringkat akar umbi yang terus melonjak. Fitnah
negatif media rasmi tajaan Umno-BN atau karenah beberapa individu di dalam
parti tidak perlu dihiraukan.
Di Kota Bahru saya rasmikan Pusat Khidmat KeADILan Bahagian Kota Bharu. Saya
diundang untuk menerima keahlian baru seramai dua ribu orang kebanyakannya dari
Umno.
Di Pasir Mas, saya terharu melihat kegigihan pimpinan KeADILan bahagian
menyewa pejabat dan bilik gerakan. Pasir Mas merupakan kawasan pilihanraya yang
ditandingi calon PAS,YB Ustaz Ismail Noh, tetapi komitmen KeADILan begitu jitu.
Bangunan tidak gagah dan megah malah boleh dikira daif. Yang membanggakan ialah
pengorbanan pimpinan bahagian mengumpul dana dan memperkemas jentera parti.
Dialog di Hotel Perdana jam 8 malam dihadiri ramai masyarakat Cina, India dan
Siam. Saya mengulas isu perpaduan dan keadilan sejagat. Perhimpunan malam di
Dataran Majlis Daerah Ketereh dibanjiri puluhan ribu orang. Saya mengupas makna
kemerdekaan sempena 50 tahun merdeka.
MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz turut berucap menegaskan keperluan istiqamah
dalam perjuangan menegak makruf dan menolak kemungkaran tatkala mengulas
penyelewengan di Ijok dan perjuangan menentang kezaliman Umno-BN.
---------------------------------
Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.