Skandal tamatkan pemerintahan Abe                                         
        Haris Zalkapli      
         Sat | Sep 22, 07 |  1:04:40 pm MYT                             Ketika 
memenangi jawatan presiden Parti Demokrat Liberal Jepun dan dilantik menjadi 
perdana menteri, Shinzo Abe tiba dengan agenda baru. Beliau diuar-uarkan 
sebagai perdana menteri termuda Jepun selepas Perang Dunia ke-2. 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


-->      
 Walaupun begitu, Abe membawa agenda konservatif: meningkatkan nasionalisme dan 
menggubal perlembagaan yang mencegah Jepun daripada terlibat dalam peperangan 
untuk memberi peranan lebih luas kepada tentera Jepun, yang diberi nama Pasukan 
Pertahanan Diri. Abe juga mahu Jepun meneruskan hubungan baik dengan Amerika 
Syarikat dan negara jiran.

 
Konservatisme Abe bagaimanapun agak lunak berbanding bekas menteri luar, Taro 
Aso. Aso telah mengundang banyak kritikan sejak beliau menjadi menteri luar, 
akibat kenyataan-kenyataannya yang disifatkan sebagai ofensif.

 
 Sifat konservatif ini dilihat melalui kenyataan-kenyataan beberapa pemimpin, 
walaupun dalam pentadbiran Abe, lawatan ke tugu peringatan Yasakuni dielakkan, 
dan usaha berbaik-baik dengan China dan Korea Selatan, mangsa perang Jepun 
dahulu, cuba dilaksanakan.

 
Abe meneruskan agenda yang dimulakan oleh perdana menteri sebelumnya, Junichiro 
Koizumi, sehingga salah satu kritikan utama terhadapnya ialah terlalu 
berpandukan agenda Koizumi.

 
 Usianya yang muda pada mulanya menjanjikan satu pendekatan baru tetapi 
akhirnya mendedahkan bahawa beliau tidak dapat bertahan menghadapi politik 
Jepun yang sangat mencabar.

 
Kabinetnya yang sering menimbulkan kontroversi dan terlibat dengan banyak 
skandal memburukkan lagi pentadbiran Abe. Populariti Abe menjunam pada masa 
beliau meletak jawatan, berbanding sekitar 70 peratus ketika beliau mula 
menjawat jawatan perdana menteri.

 
Abe juga dikatakan menunjukkan kelemahan melalui perletakan jawatannya. Beliau 
berundur dengan tergesa-gesa tanpa menyebut dengan jelas sebab perletakan 
jawatannya, dan sidang media untuk mengumumkan perletakan jawatannya juga 
dilaksanakan dengan tergesa-gesa.

 
 Apa yang dapat disimpulkan ialah Abe ialah seorang pemimpin muda yang tidak 
cukup bersedia menghadapi cabaran memegang pejabat perdana menteri.

 
 Bagaimanapun, dalam perlaksanaan dasar luar, Abe lebih banyak mencatat 
kejayaan, walaupun hanya meneruskan lagi agenda yang dimulakan Koizumi. Koizumi 
ialah pemimpin yang bertanggungjawab memulakan haluan baru dalam dasar luar 
Jepun ke arah yang lebih konservatif. Dasar luar Jepun mula kelihatan lebih 
jelas di bawah Koizumi.

 
Abe dilantik menjadi perdana menteri Jepun ketika hubungan Tokyo dan Beijing 
berada pada tahap sangat rendah, sebahagiannya disebabkan tindakan Koizumi 
melawat tugu Yasakuni.

 
Walaupun cuba berbaik dengan China, Abe mengukuhkan pakatan dengan AS, 
Australia dan merapatkan hubungan dengan India, yang selama ini berpendirian 
berkecuali dan enggan menyertai mana-mana pakatan.

 
Jepun ialah negara yang paling kuat cuba membawa India menyertai pakatan negara 
terdiri daripada AS, Australia, Jepun. Lawatan Abe ke New Delhi pada akhir 
pemerintahannya menunjukkan kesungguhan Abe menarik komitmen India.

 
Kini, India menjadi salah satu negara dalam pakatan “inisiatif 
quadrilateral” yang baru selesai menjalankan latihan perang di perairan 
India. Permulaan usaha meminda “perlembagaan aman,” menaik taraf 
agensi pertahanan ke taraf kementerian dan membina dan mengukuhkan pakatan 
keselamatan Asia Pasifik ialah legasi dasar luar pentadbiran Abe.

 
Skandal telah menamatkan kerjaya Abe sebagai perdana menteri. Tetapi Abe telah 
memberi sumbangan dalam memulakan kebangkitan Jepun sebagai kuasa penting Asia 
Pasifik.

 
  Detik-detik penting pentadbiran Shinzo Abe 
 2006 
 26 September - Abe dilantik sebagai perdana menteri selepas dipilih sebagai 
presiden Parti Demokrat Liberal pada 20 September, menggantikan Junichiro 
Koizumi.
 29 September – Abe mengumumkan rancangan meminda perlembagaan yang 
menghalang perang dan meningkatkan nasionalisme. 
 8-9 Oktober - Abe melawat China dan Korea Selatan sebagai usaha diplomasi dan 
perdagangan. Lawatan ini dilihat sebagai usaha memulih hubungan yang terjejas 
akibat lawatan Koizumi ke tugu Yasakuni yang dianggap China mengagungkan 
penjenayah perang Jepun. 
 9 Oktober - Korea Utara mengumumkan ujian nuklear dijalankan, mengundang 
kemarahan Jepun yang mendesak tindakan antarabangsa. 
 22 Oktober - LDP menang dua pilihan raya kecil dewan rendah di Kanagawa dan 
Osaka. 
 18 November - Abe bertemu presiden Amerika Syarikat, George W Bush buat 
pertama kali di Hanoi, Vietnam. 
 21 Disember - Masaaki Homma yang dipilih oleh Abe sebagai ketua panel cukai 
meletak jawatan ekoran tuduhan beliau tinggal di rumah yang disubsidi kerajaan 
dengan wanita yang bukan isterinya. 
 27 Disember - Skandal kedua menyebabkan perletakan jawatan. Menteri reformasi 
pentadbiran Genichiro Sata meletak jawatan berhubung skandal laporan dana 
politik.

 
 2007
  9 Januari - Agensi Pertahanan dinaik taraf kepada Kementerian Pertahanan 
dalam satu tindakan yang menjelaskan satu agenda penting pentadbiran Abe. 
 9-15 Januari - Abe melawat Eropah, kemudian menghadiri Sidang Kemuncak Asia 
Timur. Hubungan Jepun dengan China menjadi perhatian ramai pada masa ini. 
 10 Januari - Tuduhan tentang salah guna perbelanjaan pejabat menteri pertanian 
Toshikatsu Matsuoka timbul. 
 27 Januari - Satu lagi skandal yang memalukan pentadbiran Abe, apabila menteri 
kesihatan Hakuo Yanagisawa menyifatkan wanita sebagai "mesin melahirkan anak" 
dalam satu ucapan. 
 5 Mac – Abe berkata tidak ada bukti tentera dan kerajaan Jepun menculik 
wanita semasa Perang Dunia ke-2 untuk dijadikan hamba seks, menimbulkan 
kemarahan seluruh Asia yang menjadi mangsa Jepun. 
 11 April - Perdana menteri China, Wen Jiabao melawat Jepun, bertemu Abe. 
Kedua-dua pemimpin mengumumkan   
 22 April - DJP menang di Fukushima, LDP menang di Okinawa dalam dua pilihan 
raya kecil dewan tinggi. 
 27 April hingga 3 Mei - Abe melawat Amerika Syarikat dan mengadakan mesyuarat 
dengan Presiden George W Bush. Abe kemudian melawat Timur Tengah. 
 8 Mei – Abe menghantar tanda penghormatan kepada tugu Yasakuni ketika 
ulangtahun ke-62 Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia ke-2. Bagaimanapun, 
Abe tidak melawat tugu tersebut untuk mengelakkan kontroversi. 
 14 Mei – Undang-undang untuk mengadakan referendum bagi pindaan 
perlembagaan digubal. Satu lagi agenda penting Abe ialah pindaan perlembagaan 
untuk melepaskan Jepun dari belenggu "perlembagaan aman" pasca-Perang Dunia 
ke-2. 
 18 Mei - Panel terdiri daripada pakar bertemu buat pertama kali untuk 
membincangkan penilaian semula tafsiran piagam bagi membolehkan Jepun 
memperolehi hak pertahanan diri kolektif. 
 24 Mei - Abe mengumumkan inisiatif Jepun untuk mencapai penghasilan gas rumah 
hijau menjelang 2050. 
 28 Mei - Menteri pertanian Matsuoka membunuh diri. 
 6-8 Jun - Abe menghadiri sidang kemuncak G8 di Heiligendamm, Jerman. 
 30 Jun - Undang-undang digubal untuk menangani penyimpanan rekod pencen, 
menyusun semula Agensi Insurans Sosial, dan mereformasi sistem pengambilan 
pekerja perkhidmatan awam. 
 3 Julai - Menteri pertahanan Fumio Kyuma meletak jawatan ekoran kenyataan 
mengenai bom atom. Beliau berkata pengeboman oleh Amerika Syarikat ke atas 
Jepun tidak dapat dielakkan. 
 5 Julai - Timbul tuduhan tentang salah urus perbelanjaan pejabat oleh menteri 
pertanian Norihiko Akagi. 
 29 Julai - LDP kalah teruk dalam pemilihan dewan tinggi parlimen. Kritikan 
terhadap Abe dan masa depannya semakin jelas. Sejurus sebelum itu, satu 
tinjauan pendapat mendapati populariti Abe berada pada tahap paling rendah, 
sebanyak hanya 25.7 peratus. 
 30 Julai – Dewan Perwakilan AS luluskan resolusi menuntut permohonan 
maaf rasmi kerajaan Jepun berhubung isu hamba seks ketika perang. 
 1 Ogos – Menteri pertanian Akagi meletak jawatan.  
 19-25 Ogos – Abe melawat Indonesia, India dan Malaysia. 
 27 Ogos – Abe merombak kabinet dan eksekutif LDP dalam usaha yang 
menstabil kedudukannya seketika. 
 3 September – Menteri pertanian yang baru dilantik semingu, Takehiko 
Endo meletak jawatan berhubung penyalahgunaan subsidi perladangan. Setiausaha 
luar parlimen Yukiko Sakamoto juga meletak jawatan berhubung ketidakselarasan 
akaun barkaitan laporan dana politik. 
 5 September – Dua lagi menteri didapati mempunyai kesalahan dalam 
laporan dana politik mereka. 
 10 September – Dalam ucapan dasar di sesi luar biasa parlimen, Abe 
menegaskan lagi sokongan kepada pasukan diketuai AS di Afghanistan.  
 12 September – Shinzo Abe mengumumkan perletakan jawatan. - mks.      

Lihat ucapan Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari 
seluruh dunia. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, menderma dan bantulah mereka 
yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah. Untuk maklumat lanjut, 
hubungi 03-40213343 atau 03-40212009.

       
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally,  mobile search that gives answers, not web links. 

Kirim email ke