1 polis kawal 1 demonstran: Tak masuk akal!
aHmadHazieq <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Kenyataan DPPWP 12 Nov: Wartawan pro BN perlu kembali ke
sekolah!!!
Nampaknya wartawan-wartawan arus perdana perlu kembali ke sekolah selepas
ini. Mereka yang hadir mewakili media rasmi Kerajaan BN gagal membuat
perhitungan yang betul kerana hanya pandai mengira hingga angka 4 ribu sahaja.
Mereka juga dilihat tidak membawa sebarang kalkulator untuk mengira jumlah
rakyat yang hadir dalam Himpunan 100K sabtu lalu. Pak Lah yang menghilangkan
diri pada 10 Nov hanya meninggalkan kepala lutut sahaja untuk mereka mengira
rakyat yang berhimpun dengan pakaian kuning.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Hj. Mahfuz Omar dalam ceramahnya di Kg. Pandan
semalam menganggap laporan media bahawa hanya 4 ribu orang sahaja yang hadir
sebagai tidak logik.
Polis yang hadir seramai 4 ribu orang dan jumlah peserta yang dilaporkan
media BN 4 ribu orang juga. Tak masuk akal langsung seorang Polis jaga seorang
peserta perhimpunan, media massa BN dah gila dan tak boleh nak berfikir secara
waras. kata Hj. Mahfuz.
Himpunan 100 ribu ternyata menjadi nyata dengan warna kuning menguasai ibu
kota dari Sogo hingga ke Istana Negara.
Pihak penganjur memecahkan para peserta diperingkat awal di empat tempat
iaitu SOGO, Masjid Jamek, Pasar Seni dan Masjid Negara. Himpunan bermula awal
sejam dari yang dirancang memandangkan pihak Polis mulai melakukan provokasi
dan menangkap para peserta yang hadir.
Tepat Pukul 2 petang Lebih 70 ribu peserta yang datang dari SOGO, Pasar Seni
dan Masjid Negara telah bergerak terus ke Istana Negara. Pihak Polis yang
menyangkakan bahawa mereka akan berarak ke Dataran Merdeka menjadi panik dan
akhirnya para peserta dapat sampai lebih awal dari yang dijangkakan.
Lebih kurang 30 ribu peserta yang berkumpul di Masjid Jamek pula terpaksa
bertempur hebat dengan pihak Polis sehingga pukul 3.30 petang. Rancangan untuk
melalui Dataran Merdeka untuk ke Istana Negara disambut dengan Water Canon dan
Gas Pemedih mata. Berpuluh orang ditangkap dan Dr. Hatta yang memimpin para
peserta terpaksa mengerakkan para peserta melalui Jalan Masjid India dan Keluar
di Jalan Raja Laut. Di Jalan Raja Laut para peserta dikejar lagi dengan Water
Canon dan mendesak perarakkan kuning berundur menuju ke SOGO dan seterusnya
memasuki Jalan Kuching untuk ke Istana Negara.
Dalam keletihan dan kepayahan itu mereka akhirnya sampai ke Istana Negara
pada pukul 4.15 petang. Walaupun sampai lewat dan masih ada yang terkandas
dihadapan Masjid Negara angkara sekatan Polis, namun para peserta berpuas hati
kerana dapat melahirkan Soladariti dan Kebebasan mereka.
Walaupun media arus perdana tidak melaporkan jumlah yang betul, rakyat tetap
akan tahu jumlah yang sebenarnya. Apa yang penting, adalah kehadiran para
peserta ini berjaya membuatkan pemimpin-pemimpin BN membisu dan bersembunyi
selama 1 hari. Sedikit pun mereka tidak muncul di kaca TV.
Sehari selepas kejadian barulah pihak media dapat menemuramah Pak Lah. Itu
pun di Sabah. Nampaknya Pak Lah begitu takut pada Perhimpunan ini hingga
sanggup lari bersembunyi di Sabah. Beliau memang pantang dicabar. Pantang
maksudnya tak boleh langsung. Bila dicabar, dia akan lari. Inilah dia
Perdana Menteri dambaan Barisan Nasional yang telah bankrap potensi kepimpinan
setelah pemergian Tun Mahathir.
Perhimpunan 10 Nov adalah permulaan dan kita mengingatkan kepada SPR dan
Barisan Nasional bahawa rakyat tidak teragak-agak untuk memanjat Istana-Istana
mereka sekiranya mereka masih berdegil dan angkuh.
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di
http://dppwp.wordpress.com
*****.*.*****
Koleksi Gambar: Perhimpunan Rakyat - Save Malaysia, Restore Our Rights
Wan Zahari Salleh
Mon | Nov 12, 07 | 10:58:09 am MYT Koleksi!
Keinginan rakyat agar perubahan dilakukan bagi tuntutan pelaksanaan demokrasi
yang adil berjaya menghimpun lebih 100,000 rakyat pada 10 November yang lalu.
-->
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
-->
Berikut dipaparkan sebahagian dari detik-detik ketika perhimpunan berlangsung.
Klik pada gambar-gambar berikut untuk melihat dengan lebih jelas.
-->
Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com