Bukan kerana Cina atau wanita, kata Hassan Ali
<http://siasahdaily.blogspot.com/2008/10/bukan-kerana-cina-atau-wanita-k\
ata.html>     
[http://3.bp.blogspot.com/_lmBZm7oy02Q/SQq4Q4ZbR-I/AAAAAAAACAo/zA7uselRH\
m4/s320/hasan+ali.jpg] 
<http://3.bp.blogspot.com/_lmBZm7oy02Q/SQq4Q4ZbR-I/AAAAAAAACAo/zA7uselRH\
m4/s1600-h/hasan+ali.jpg> SHAH ALAM, 31 Okt: PAS menegaskan tindakan
mereka tidak menyokong perlantikan Madam Low Siew Moi bukan kerana dia
Cina atau wanita tetapi kerana berpendapat tokoh dari luar perlu
dilantik ke jawatan itu untuk memberi satu 'darah' baru kepada
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata, dia bersedia
menyokong perlantikan sesiapa sahaja termasuk Cina dan wanita asalkan
calon itu benar-benar profesional.
"Saya bersedia untuk menyokong perlantikan pengurus besar PKNS yang baru
kalaupun dia bukan Melayu dan bukan lelaki jika dia betul-betul
profesional dan bakal membawa masa depan yang baik kepada PKNS," kata
Hassan Ali.
Pandangan ini, kata beliau, ekoran banyak cerita yang beliau dengar
tentang Madam Low di samping cerita tentang bekas Pengurus Besar yang
akan bersara, Datuk Harun Salim.
Bagi timbalan beliau, Khalid Samad pula, darah baru diperlukan oleh PKNS
selepas menghadapi pelbagai cerita negatif.
"Jika kita kata pengurusan PKNS tidak bagus, saya beranggapan Madam Low
juga tidak bagus kerana dia adalah salah seorang pengurus kanan badan
itu bukan kerana dia bukan Melayu.
 
[http://4.bp.blogspot.com/_lmBZm7oy02Q/SQq4E_cM6EI/AAAAAAAACAg/im-VFCFep\
V0/s320/Low_Siew_Moi.jpg] 
<http://4.bp.blogspot.com/_lmBZm7oy02Q/SQq4E_cM6EI/AAAAAAAACAg/im-VFCFep\
V0/s1600-h/Low_Siew_Moi.jpg>  "Sesiapa yang memimpin PKNS pun tidak ada
masalah asalkan dia memahami dasar dan tujuan PKNS serta dapat mematuhi
Lembaga Pengarah PKNS yang dipengerusikan oleh MB.

"Kita juga tidak mahu melantik Melayu tetapi selepas itu dia tidak
perform dan menyusahkan Pakatan," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS
Selangor, Khalid Samad.
PAS dan PKR bersetuju untuk mencari pengganti kepada Madam Low Siew Moi
untuk dilantik sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS) kerana perlantikan Low hanyalah untuk sementara sahaja
sebelum mendapat calon baru dari luar.
Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, perlantikan
Madam Low adalah untuk sementara sahaja.
"Dia yang terbaik dan sesuai untuk menolong peralihan kuasa agar
berjalan dengan teratur," kata jurucakap dari pejabat MB Selangor
menjelaskan perlantikan itu.
Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor mengumumkan perlantikan Madam Low
sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS bagi menggantikan Datuk Harun Salim
yang akan bersara mulai 1 November ini.
Low dipilih oleh MB Selangor itu walaupun, ada dua lagi Timbalan
Pengurus Besar iaitu Md. Nasir Md. Arshad (Pentadbiran dan Pembangunan)
dan Abdul Ghani Hashim (Teknikal).
Low adalah Timbalan Pengurus Besar Korporat dan Akaun untuk PKNS. Beliau
telah bekerja dengan bahagian akaun PKNS sejak 35 tahun yang lalu.
Selepas sampai umur bersara pada tahun 2006, dia telah tiga kali
dilantik ke jawatan kontrak iaitu pada tahun 2006, 2007 dan 2008.
Berbanding dengan calon-calon yang lain, Low dianggap oleh MB Selangor
sebagai "pihak yang bersedia menjadi pemimpin sementara."
Sebuah akhbar milik Umno Rabu lalu menyerang Khalid habis-habisan dengan
isu ini. Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukur Idris dilaporkan
meminta Sultan Selangor campur tangan dengan isu ini kerana Khalid
didakwa tidak membela kepentingan orang Melayu.
Persatuan Pegawai Kanan PKNS juga menghantar memo bantahan kepada
Khalid.
Hassan Ali dalam kenyataannya kepada Siasah berkata, PAS tidak bersetuju
perlantikan itu "bukan kerana Madam Low Cina atau wanita sebagaimana
didakwa MCA tetapi dari segi kewibawaannya dua lagi timbalan pengurus
besar yang ada lebih diterima oleh 800 pekerja PKNS dan menjadi
kebiasaannya timbalan pengurus besar pentadbiran yang dinaikkan
pangkat."      Posted by Siasah   at 12:17 AM
<http://siasahdaily.blogspot.com/2008/10/bukan-kerana-cina-atau-wanita-k\
ata.html>               [icon-action]  
<http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=2711553456008108544&postID=14\
74873024654886877>               10 comments:         

Kirim email ke