Fitnah atau anda yang bersubhat.  Anda lebih pakar dalam hukum hakam islam.
KEMBALILA ke jalan yang benar.  Undi PAS masuk Syurga.

2011/4/6 utuh karya jaya makki <utuh_karya_j...@hotmail.com>

>
>
>
> awal-awal saya dah tak percayaa,kerana pilihanraya dah dekat...biasalah
> mentaliti org UMNO....Cara penyebarannya dan medium penyebarannya semua
> tanda-tanda kerja org munafik
> ------------------------------
> To: harakahdaily@yahoogroups.com
> From: harakahdaily-ow...@yahoogroups.com
> Date: Tue, 5 Apr 2011 13:44:41 +0000
> Subject: [Harakah] TOLONG SEBARKAN : FITNAH TERHADAP ANUAR....
>
>
>
>  
> <http://4.bp.blogspot.com/-pXxIFTu3E1w/TZnvxwyxG8I/AAAAAAAACs4/utOqUh7JReY/s1600/Perut_Buncit_Sah_Bukan_Anwar.jpg>
> Kantoi jangan tak kantoi! Gambar di atas menerangkan segala-galanya!!
>
> Kepada yang belum melihat video klip suntingan 2 minit dalam youtube,
>   untuk menontonnya terlebih dahulu (sekiranya sempat sebelum youtube
> memadam buat ke sekian kalinya). Kemudian sila amati analisis penting di
> bawah yang diakhiri dengan sebuah kesimpulan.
>
> Pertama, cuba kita imbas kembali kata-kata Eskay yang sebelum itu dikenali
> sebagai Datuk T;
>
> *"Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya
> kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah
> satu daripadanya berkunci.*
>
> *"Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui
> perakamCCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam
> itu," - Eskay*
>
> Sekarang dapatkah anda lihat kedudukan meja solek di dalam gambar di atas?
> Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan
> katil, almari solek dan sebuah almari telivisyen, apakah yang boleh dijangka
> untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv? Itu hanyalah
> sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan
> dengan katil.
>
> Sekarang cuba pula lihat perut gendut pelakon porno tersebut. Adalah sangat
> tidak serupa dengan perut milik anwar Ibrahim yang genetiknya kurus
> (sepertimana anak-anak DSAI yang kurus tinggi). Sangat jelas sekali,
> keboroian itu seperti seorang yang pemabuk todi.
>
> Kepada yang sempat melihat video klip yang diedit untuk memasuki
> youtube, anda harus perasan saat ke 0.29 hingga 0.32, didapati bukan satu
> remote control yang dipegang tetapi dua. Satu untuk video kamera (yang
> didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video
> tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan 'record'.
>
> sila lihat 2 gambar di bawah;
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-xy0C5czDDac/TZoHTqxKqxI/AAAAAAAACs8/BI8t22-L_ig/s1600/video+anwar+1.png>
>
>  Seolah-olah video kamera yang digunakan benar-benar berada di hadapan
> orang ketiga ini tanpa selindung, menguatkan lagi hujah rakaman ini adalah
> kemungkinan untuk kegunaan peribadi.
>
> Seperkara lagi, tahukah anda tulisan berbahasa Thai yang tertera dalam
> video tersebut setelah dialih bahasa adalah menunjukkan nama sebuah jalan di
> bangkok. *Phaholyothin Road Bangkok* adalah nama jalan di mana terletaknya
> hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi
> sebenarnya berlaku di Thailand. Lihat gambar di bawah dan klik gambar untuk
> pandangan lebih jelas;
>
> <http://4.bp.blogspot.com/-p3wv1GKbQGU/TZoiMOWTJQI/AAAAAAAACtI/95hnSv9O7zE/s1600/Phaholyothin+Road+Bangkok.png>
>
> Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling
> digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran. Justeru
> itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana
> didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambichik? Masihkah anda percaya
> dengan Trio pembawa fitnah jahat ?
>
>
> Kesimpulan
>
> Videoklip yang menjadi senjata fitnah terbaru terhadap DSAI ini adalah
> dikutip dari negara jiran kita iaitu Thailand. Secara kebetulan, wajah
> pelakon utama mempunyai mirip DSAI tetapi tidak kepada perutnya yang boroi.
> Jika benarpun Eskay mengaku bahawa dia adalah salah seorang lelaki yang ada
> dalam video tersebut, maka pelakon utama itulah Eskay !
>
> Berbalik kepada mengapa saya katakan video tersebut dikutip dari ribuan
> video seks amatur Thai? Faktornya ialah pelacur itu, dan sarikata dalam
> video itu yang berbahasa Thai. Mengapa sarikata itu tidak dibuang (dengan
> cara cut kesemua di bawah aras sarikata tersebut)? Kerana ia akan
> menyebabkan ketulinan video tersebut tercalar sama sekali. Jadi mereka
> membiarkan sahaja sarikata itu seperti sediakala tanpa mengusiknya walau
> sedikitpun.
>
> Kehilangan jam omega, mengumpil laci berkunci dan sebagainya adalah satu
> helah menyedapkan jalan cerita. Akhirnya klip yang sepanjang hampir dua
> minit yang telah diedit khas inilah yang akan dipapar satu negara waima
> dalam pejabat KEMAS, di kelas BTN ataupun di pejabat JKKKP. Mereka tidak
> akan tayang video penuh kepada semua orang dengan alasan, ianya menimbulkan
> aib, maka cukuplah dengan video klip yang masuk youtube ini.
>
> Orang kebanyakkan pastinya hanya akan mahu melihat cebisan-cebisan video
> yang tidak mengandungi aksi ranjang dengan alasan, kurang sedikit dosanya
> berbanding melihat kesemua rakaman 21minit video asal. Pihak pengfitnah yang
> jahat akan mengambil peluang ini sebaiknya sedangkan video itu jika dilihat
> secara penuh terutamanya ketika perut buncit itu kelihatan lebih jelas,
> barulah orang boleh memberi penilaian lebih tepat.
>
> Kesimpulan dipermudahkan seperti berikut - Video 21 minit ini adalah satu
> dari ribuan video klip seks amatur yang boleh didapati di Thailand. Pelakon
> mirip DSAI tetapi saya yakin 110% bukan DSAI berdasarkan postur tubuh badan
> beliau. Di atas mirip yang sama ini, kesempatan di ambil walaupun dengan
> tanpa memadam sarikata berbahasa Thai tersebut.
>
> Anwar Ibrahim yang difitnah untuk ke sekian kali menerbitkan rasa simpati
> yang lebih besar terhadapnya. Sekali lagi saya nyatakan bukan kerana
> sosoknya Anwar tetapi kerana keadilan untuknya.
>
> Namun sedikit ingin saya sentuh, di manakah perginya hulubalang-hulubalang
> AMK yang menang atas nama 'wahyu' dalam pemilihan 2010 tempohari? Apakah
> strategi yang dirancang oleh AMK untuk mengekang asakan pengfitnah jahat ini
> selain daripada mengheret DSAI untuk membuat laporan polis?? Saya melihat
> kita sejak dari awal bertindak defensif sekali, macam kaldai tunggu
> disembelih!
>
> Cuba lihat tindakkan pantas chegubard. Bukan saya nak lambung puji kepada
> chegubard, saya yakin beliau tak hidup dek puji tak mati dek maki. Tetapi
> tindakkan awal beliau wajar di puji. Berita dari rangkaian TV Selangor saya
> jumpa ketika menulis artikel ini dan antara petikan dari Chegubard adalah
> seperti di bawah;
>
> *"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting)
> sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang
> begitu ketara,  hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini
>  memang kita sudah jangkakan berlaku" - chegubard*
>
>
> Akhir sekali, adalah menjadi tanggungjawab kita di lap-lap terakhir ini
> untuk menyampaikan keyakinan kita untuk diyakinkan kepada mereka yang
> tersentap akibat dari pendedahan klip suntingan yang memberi kelebihan
> kepada pengfitnah jahat. Perlawanan kita sudah masuk ke lap yang terakhir
> yakni lap yang penuh dengan selekoh-selekoh tambahan. Pusingan terakhir ini,
> kita akan lawan habis-habisan!! Mereka fitnah, dan kita lawan !! Mereka
> tetap fitnah dan kita tetap lawan !!
>
> Lawan fitnah jahat ini hingga ke penghujung nyawa, nescaya kalau kita
> mati dalam perjuangan ini sekalipun, kita berjuang menentang yang bathil!
>
> LAWAN FITNAH 1, 2 DAN 3 !!! LAWAN !!!
>
>  
>



-- 
Glory Beach Resort (Individual Unit)
D-5-8, Tanjung Gemok,
Port Dickson
Negeri Sembilan

Kirim email ke