AsSalam!
 
Kepada yang berkesempatan masa, rujuk video ini (52 minit) yang menunjukkan 
pegangan, sifat dan sikap aliran Syiah yang memusuhi Ahlus Sunnah Wal-Jamaah. 
Babak terakhir debat antara seorang Syeikh ASWJ dengan seorang Mullah Syiah 
adalah amat menarik! Wassalam
 
http://www.youtube.com/watch?v=EdNbld95E5o&annotation_id=annotation_857967&feature=iv

Syiah Di Malaysia






Keputusan: 


Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam 
Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. 
Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan 
pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai 
aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan 
menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya 
Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima 
untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
 
Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam 
yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan 
Akhlak.
 
Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan 
Perlembagaan Negeri – Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi 
Persekutuan dan Negeri – Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli 
Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
 
Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang – Undang Negeri dan Hukum Syarak 
bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam seperti 
berikut :” Hukum Syarak atau Undang – Undang Islam ertinya Undang – Undang 
Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah 
dan Akhlaq. ”
 
Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal 
Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan 
demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal 
Jamaah adalah dilarang.
 
Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang 
– undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah 
Wal Jamaah sahaja.
 
Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah 
, filem , video dan lain – lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan 
dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Kirim email ke