----- Forwarded Message -----



  
18 Oktober, 2011 19:07 PM
Umat Islam Perlu Kepakaran IT Untuk Tangkis Serangan Terhadap Islam Di Alam 
Siber

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Umat Islam perlu mempunyai kepakaran dan 
pengetahuan mengenai teknologi maklumat dalam memastikan mereka dapat 
mematahkan sebarang serangan terhadap agama yang dilakukan di alam siber.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ledakan 
teknologi maklumat (IT) pada masa ini telah mewujudkan maklumat-maklumat 
seperti wikipedia yang secara terang-terangan mengutuk Islam.

"Dahulu perang untuk dapatkan territory (wilayah), tetapi ini bukan lagi soal 
territory (wilayah) tapi ini soal perang dalam mempengaruhi pemikiran. 
Contohnya kini wujud wikipedia mengenai Islam tetapi memburukkan agama itu," 
katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa mengenai 
'Pemikiran Islam Selepas Modenisme' di Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia 
(UIAM) di sini,Selasa.

Ahmad Shabery berkata beliau pernah terbaca sebuah wikipedia yang mendakwa 
wikipedia Islam tetapi mempertikaikan setiap aspek agama itu termasuk sejarah, 
Al-Quran dan sunnah serta peribadi Rasullulah.

"Mereka gunakan pendekatan secara sistematik dan intelektual yang mendalam 
hingga boleh mempengaruhi umat Islam," katanya.

Ahmad Shabery berkata pejuang atau pemikir Islam perlu memainkan peranan bagi 
menjawab dan menyerang balas mereka yang cuba menghancurkan Islam.

"Batasan membina benteng kubu intelektual di kalangan umat Islam masih di 
peringkat yang perlahan. Kerajaan tidak boleh mengharamkan internet tetapi 
kerajaan boleh memikirkan bagaimana perkhidmatan jalur lebar ini boleh 
berfungsi bagi menyerang balas segala dakwaan yang tidak betul (mengenai 
agama)," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata persidangan anjuran universiti itu mampu 
memainkan peranan dalam membentuk intelektual umat Islam yang mahir dan peka 
dalam IT.

-- BERNAMA

Kirim email ke