----- Forwarded Message -----


  
19 Oktober, 2011 21:22 PM
Gangguan 
Bekalan Air Di Petaling Pada 23 Okt Dan 1 Nov

KUALA LUMPUR, 19 Okt 
(Bernama) -- Beberapa kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air 
berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air oleh pihak 
ketiga.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) 
Rabu, gangguan akan berlaku mulai pukul 9 malam pada 23 Okt (Ahad) hingga 5 
pagi 
keesokan disebabkan kerja pengalihan paip Syabas di bandar Glenmarie Km18.5, 
Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur).

Gangguan melibatkan Jalan 
Subang Airport Lama; SS12 Subang Jaya; SS13 Subang Jaya; SS14 Subang Jaya; SS15 
Subang Jaya; SS17 Subang Jaya Airport; SS 18 Subang Jaya; SS19 Subang Jaya; U1 
Temasya dan Saujana O Lot.

Gangguan juga akan berlaku bermula 10 malam 
pada 1 Nov (Selasa) hingga 5 pagi pada 2 Nov (Rabu) disebabkan kerja-kerja 
penyenggaraan Pencawang Rumah Pam, Bukit Gasing, Pantai Dalam oleh pihak Tenaga 
Nasional Berhad (TNB).

Kawasan yang terlibat ialah di Seksyen 1 hingga 
Seksyen 4 Petaling Jaya; Seksyen 6 hingga Seksyen 9 Petaling Jaya; Seksyen 18 
Petaling Jaya; Jalan Pencala Petaling Jaya; Bandar Baru Sri Petaling; Desa 
Petaling dan Jalan Klang Lama (Batu 3-Batu 6).

Turut terlibat ialah Jalan 
Sungai Besi; Pekan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; 
Kampung Pasir Baru; Taman Sri Sentosa; Bukit Jalil; Jalan Puchong Batu 6-Batu 
8; 
Taman Bukit Indah; Taman Tan Yew Lai; Seksyen 14; Seksyen 51A (Kampung 
Baiduri); 
Seksyen 22 (Taman Len Seng); SS9 (Sungai Way) dan Seksyen 51, Petaling 
Jaya.

Syabas menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air 
secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh 
gangguan.

-- BERNAMA 

Kirim email ke