Selepas habis RM2.5 juta, Wangsa Maju ke tangan Umno Harakahdaily,16 Apr 2013 
WANGSA MAJU: MCA Wangsa Maju bersama kirakira 120 pertubuhan bukan kerajaan 
(NGO) Wangsa Maju memutuskan memboikot Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen 
Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13) berikutan Datuk Yew Teong Look tidak dicalonkan 
di kerusi Parlimen Wangsa Maju.Perkara tersebut disuarakan selepas mesyuarat 
tergempar bersama MCA dan wakilwakil NGO Wangsa Maju setelah mengetahui Teong 
Look tidak dicalonkan, semalam, lapor Sinar Harian. Umno mengumumkan meletakkan 
calonnya, Shafei Abdullah sebagai calon BN di Wangsa Maju. Dalam pilihan raya 
lalu, calon BN dari MCA, Datuk Yew Teong Lookkalah di tangan calon PKR, Wee 
Choo Keong. Wee Choo Keong kemudiannya meninggalkan PKR dan menjadi anggota 
Parlimen bebas. Ketua Bilik Gerakan Pilihan Raya MCA, Lim Choong Hong berkata, 
120 NGO seluruh Wangsa Maju telah sepakat bersama MCA akan memboikot pilihan 
raya kali ini.“MCA akan mengadakan bantahan bersiri kepa
 da pucuk pimpinan MCA bagi mengutuk tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi 
Lek yang tidak mempertahankan kerusi Wangsa Maju.“Saya percaya undi masyarakat 
Cina di Wangsa Maju akan beralih kepada parti pembangkang dan BN akan kalah 
teruk PRU13 sebagai tanda protes kepada keputusan ini,” katanya.Sementara itu, 
Teong Look berkata, beliau telah bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan 
rakyat kepada BN dan tidak hentihenti berkhidmat menjaga kebajikan rakyat 
hampir lima tahun.“Saya telah membelanjakan RM2.5 juta tanpa bantuan parti 
komponen yang lain untuk penduduk di Wangsa Maju tetapi kerja keras tidak 
dinilai oleh pucuk pimpinan BN.“Saya mengambil keputusan untuk berehat dan 
apaapa keputusan dari MCA serta NGO bagi memboikot pilihan raya bukanlah dalam 
kawalannya sekarang,” katanya. Get Yourself a cool, short @in.com Email ID now!

Kirim email ke