Konsesi tol dengan perjanjian 50 tahun yang bernilai RM1.55 billion
dianugerahkan kepada AZRB tanpa sebarang tender terbuka dengan pinjaman
mudah RM635juta. Konsesi tol Lebuhraya Pantai Barat dengan perjanjian 60
tahun RM5.2 billion ditawarkan kepada Europlus secara rundingan terus.
Kerajaan masih memberikan pinjaman mudah RM2.24 billion dan subsidi RM980
juta kepada syarikat tersebut.

Kerajaan BN cuba sedaya upaya untuk membantu kroni-kroni mereka mencapai
keuntungan yang lumayan dengan penganugerahan berbilion-bilion projek yang
berskala besar. Manakala rakyat jelata disuap dengan bayaran BR1M RM500.
Inilah dasar "Kroni Didahulukan" BN.

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia! Sila "SHARE"!

Kirim email ke