Najib: Janji Pakatan umpama 'madu beracun'

Aidila Razak http://www.malaysiakini.com/browse/a/my/Aidila%20Razak 5:20PM Apr 
24 2013
SABAH Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji-janji Pakatan 
Rakyat umpama 'madu beracun' yang didakwanya gagal dipenuhi oleh pakatan 
pembangkang itu.

Oleh itu, ia ia bukannya pilihan antara madu atau racun, katanya ketika 
menyentuh lagu 'madu dan racun' yang dijadikan lagu kempen oleh Ketua 
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia merupakan sebuah lagu pop popular tahun 1980-an dendangan penyanyi Indonesia 
Arie Wibowo.
Menerusi lagu itu, Anwar mengibaratkan Pakatan sebagai madu dan BN
sebagai racun.

Berucap di perhimpunan kira-kira 5,000 orang di Keningau hari ini, Najib 
berkata janji-janji pembangkang seperti madu beracun dan "bukan pilihan antara 
madu atau racun."

Najib meminta rakyat supaya jangan terpedaya dengan janji-janji tersebut kerana 
mendakwanya semuanya nampak baik tetapi di dalamnya mengandungi 'racun'.  *Baca 
berita penuh]* http://www.malaysiakini.com/news/227870 
Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri 
Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga calon Parlimen Keningau. 
Menyentuh mengenai kerusi Parlimen Keningau, Najib menyifatkan Pairin sebagai 
pemimpin yang mempunyai prinsip dan tidak mementingkan jawatan, lapor Bernama.

Sebaliknya kata Najib, Pairin yang digelar 'huguan siou' atau ketua suku kaum 
Kadazandusun dilihat amat mengutamakan keperluan rakyat.

"Seharus pemimpin begini yang kita perlu pertahankan...kalau saya yang bukan 
orang Kadazan boleh hormat huguan siou, tak kan orang Kadazan tidak boleh 
hormat," katanya.

Najib juga berharap masyarakat Keningau akan memberi sokongan padu untuk calon 
BN bagi kerusi Parlimen Keningau dan tiga Dewan Undangan Negeri di bawahnya.

Keningau mempunyai 43,691 pengundi dengan majoriti kira-kira 66 peratus 
merupakan kaum Kadazandusun Murut.

Tiga DUN di bawah Parlimen itu ialah Tambunan yang ditandingi Pairin, Bingkor 
yang diwakili calon muka baharu Kennedy Jie John dan Liawan oleh Datuk Sairin 
Karno.

PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang 
diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan 
tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko 
akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

<<"">>

Kirim email ke