KERANA BENARKAN HUSAM MUSA BERTA'RUF, SEMUA AJK SURAU ABDUL RAHMAN AUF,
PRECINT 11 TELAH DIBERHENTIKAN SERTA MERTA OLEH KETUA PENGARAH JAWI!!!!!!

AJK Surau dipecat serta-merta kerana benar Calon P 125 Putrajaya PAS/PR
Dato' Hj Husam Musa P-125 berta'ruf.

Pada 20hb. April, 2013 Husam Musa telah menunaikan solat Isyak' di Surau
Abdul Rahman Auf, Precint 11. Selepas selesai tunai solat, beliau telah
mengambil sedikit masa berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut.

Hari ini Dato' Hj Husam Musa diberitahu bahawa Pengerusi & Bendahari Surau
tersebut telah dipanggil mengadap Ketua Pengarah JAWI di Pejabatnya pagi
tadi dan seterusnya diberitahu bahawa SEMUA AJK Surau Abdul Rahman Auf,
Presint 11 telah DIBERHENTIKAN SERTAMERTA kerana membiarkan Husam Musa
berta'ruf dengan makmum Surau tersebut.

Inilah contoh kezaliman kerajaan UMNO/BN.

Dato' Hj Husam Musa mohon pada semua Sahabat-sahabat yang baru beliau
kenali di Putrajaya, Penduduk2 Putrajaya dan Seluruh Rakyat Negara Malaysia
yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya Politik Sempit
begini ditamatkan pada 5hb. Mei, 2013.

Kirim email ke