http://www.sinarharian.com.my/cmlink/rss-sinar-harian-politik-1.1088 
Politik http://www.sinarharian.com.my/politik/ 
Tiger Force bantu jentera BN
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
25 April 2013 
KUALA LUMPUR - Penubuhan Tiger Force dikatakan bakal memberi impak yang besar 
kepada pengundi muda untuk memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum.

Pengerusi Tiger Force Malaysia, Datuk Ahmad Bastari Muslim berkata, Tiger Force 
ditubuhkan bagi menanam rasa cintakan negara melalui konsep diminati golongan 
belia.

"Tiger Force juga disertai bekas polis dan tentera yang menjadi ejen utama 
untuk mendidik dan mendisiplinkan ahli-ahli muda dalam pertubuhan ini.

"Bersempena musim kempen pilihan raya ini, kita akan menjadi salah satu 
kumpulan sokongan untuk BN. Kita pasti dengan penglibatan belia pelbagai 
peringkat usia dan kaum penjelasan terhadap isu-isu semasa dapat dilakukan 
dengan lebih efektif," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Tiger 
Force di bahagian parlimen Bandar Tun Razak malam tadi.

Turut hadir, veteran Umno, Tan Sri Aziz Samsudin; Ketua Pemuda Umno Wilayah, 
Datuk Rizalman Mokthar; Penaung Tiger Force, Zaharin Mohd Yassin; Timbalan 
Pengerusi Tiger Force, Zulkeflee Hazeh dan calon BN BTR, Tan Kok Eng.

Menurut Ahmad Bastari, setakat ini seramai 1,200 orang ahli telah berdaftar dan 
beliau percaya angka itu akan meningkat dalam masa terdekat ini.

"Kita adakan jelajah ke beberapa negeri bagi membantu jentera BN berkempen di 
samping menarik golongan muda menyertai kami.

"Kebanyakkan ahli Tiger Force bermotosikal, jadi pendedahan tentang keselamatan 
jalan raya dan disiplin sentiasa diberi penekanan," katanya.

Antara bentuk kempen yang dilakukan, adalah mengiringi calon BN di tempat 
berkempen dan mengajak anak muda mendengar ceramah yang dianjurkan BN.

"Ini satu cara penjenamaan kepada BN, kerana rakyat pasti lebih yakin untuk 
memilih parti BN apabila mendapat kepercayaan pelbagai golongan dan kaum," 
katanya.

Ahmad Bastari berkata, dalam perancangan awal, pihaknya telah mendapat 
persetujuan daripada Kementerian Pertahanan untuk menyerap masuk golongan muda 
yang belum mendapat pekerjaan ke dalam askar wataniah.

Pada majlis yang sama juga, seramai 50 orang ahli daripada PKR dan DAP telah 
menyerahkan borang menyertai Tiger Force sekali gus menyertai BN.

<<"">>

Kirim email ke