Bahasa 

    Kajian UM menunjukkan pengundi cenderung ke manifesto Pakatan
    -------------------------------------------------------------


Oleh Md Izwan
April 25, 2013
KUALA LUMPUR, 25 April — Hasil kajian terkini yang dilakukan oleh Universiti 
Malaya (UM) mendapati pengundi lebih cenderung kepada manifesto Pakatan Rakyat 
(PR) menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang paling sengit dalam sejarah 
negara 5 Mei depan.
Kajian tersebut melibatkan 1,407 responden terdiri daripada Melayu, Cina dan 
India, dimana ianya tertumpu di seluruh semenanjung Malaysia yang dilakukan 
semasa tempoh pembubaran Dewan Rakyat dari 3 April hingga hari penamaan calon 
pada 20 April baru-baru ini.
Daripada kajian tersebut, sebanyak 42 peratus responden berkata manifesto PR 
lebih memenuhi harapan rakyat berbanding Barisan Nasional (BN) 36 peratus dan 
22 peratus lagi masih tidak pasti.
"Orang ramai lebih menerima manifesto Pakatan berbanding BN.
"Ia menunjukkan penerimaan umum yang jelas daripada kajian terkini yang kami 
lakukan ini," kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM, Prof 
Datuk Mohammad Redzuan Othman dalam sidang media di sini hari ini.
MENYUSUL LAGI

<<"">>

Kirim email ke