Rencana 

    Najib gagal tunjuk kejantanan di tempat sendiri — Fariz Musa
    --------------------------------------------------------------


April 26, 2013
26 APRIL — Datuk Seri Najib Razak akhirnya masih gagal menyahut jemputan untuk 
berdebat dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 
telah turun ke Felda Chini 1 di dalam kawasan Parlimen Pekan pada jam 9 malam , 
25 April.
Jemputan untuk berdebat manifesto Pakatan Rakyat melawan manifesto Barisan 
Nasional telah dihantar oleh kami di Pejabat Umno Bahagian Pekan pada 23 April 
sempena kehadiran Anwar ke Parlimen Pekan.
Kehadiran lebih daripada 5,000 orang di Tapak Pekan Sehari Felda Chini 1 cukup 
teruja menanti kehadiran Najib yang merupakan Pengerusi Barisan 
Nasional,Presiden Umno dan Perdana Menteri untuk berdebat secara profesional 
sudah pasti mengecewakan ribuan penyokong Umno/BN kerana Felda Chini 1 adalah 
antara kubu kuat Umno/BN.
Malah Najib difahamkan berada di kawasan Parlimen Pekan dalam siri kempen 
beliau sebagai calon P085 Pekan. Sudah pasti ketidakhadiran beliau membuktikan 
Najib tidak mampu berdepan dengan Anwar sedangkan menggunakan medan dan media 
Umno seperti TV3,  /Utusan Malaysia, Berita Harian/ dan  /New Straits Times/ 
untuk terus mengkritik,menghina dan menyerang manifesto Pakatan Rakyat.
Tapi hakikatnya gagal untuk berhadapan dengan rakyat Pekan dan para penyokong 
Umno/BN sendiri, berhujah dan berdebat secara profesional dan matang sebagai 
langkah merealitikan demokrasi. Rakyat seluruh Malaysia masih tertanya-tanya 
kenapa Najib begitu gentar untuk berhadapan dengan Anwar sedangkan Anwar telah 
hadir ke kawasan beliau sendiri.
Seluruh rakyat Malaysia harus menilai dengan bijaksana dan realistik untuk 
menolak Umno/BN dalam PRU13. Najib ternyata adalah pemimpin yang ternyata 
“dayus” untuk berdepan dengan Anwar walaupun atas nama kepentingan rakyat.
Sepanjang berada di Parlimen Pekan, apa yang dilihat penderitaan rakyat Pekan 
benar-benar menghibakan hati dan perasaan yang “indah khabar dari rupa”.
 ** Fariz Musa adalah calon PKR untuk kerusi Pekan.*
 /* Ini adalah pandangan peribadi penulis./

 Share it with others  
http://del.icio.us/post?url=http%3A%2F%2Fwww.themalaysianinsider.com%2Frencana%2Farticle%2Fnajib-gagal-tunjuk-kejantanan-di-tempat-sendiri-fariz-musa%2F&title=Najib%20gagal%20tunjuk%20kejantanan%20di%20tempat%20sendiri%20%E2%80%94%20Fariz%20Musa
  
http://digg.com/submit?phase=2&url=http%3A%2F%2Fwww.themalaysianinsider.com%2Frencana%2Farticle%2Fnajib-gagal-tunjuk-kejantanan-di-tempat-sendiri-fariz-musa%2F&title=Najib%20gagal%20tunjuk%20kejantanan%20di%20tempat%20sendiri%20%E2%80%94%20Fariz%20Musa
  
http://www.facebook.com/sharer.php?u=http%3A%2F%2Fwww.themalaysianinsider.com%2Frencana%2Farticle%2Fnajib-gagal-tunjuk-kejantanan-di-tempat-sendiri-fariz-musa%2F&t=Najib%20gagal%20tunjuk%20kejantanan%20di%20tempat%20sendiri%20%E2%80%94%20Fariz%20Musa
  
http://www.google.com/bookmarks/mark?op=edit&bkmk=http%3A%2F%2Fwww.themalaysianinsider.com%2Frencana%2Farticle%2Fnajib-gagal-tunjuk-kejantanan-di-tempat-sendiri-fariz-musa%2F&title=Najib%20gagal%20tunjuk%20kejantanan%20di%20tempat%20sendiri%20%E2%80%94%20Fariz%20Musa
  
http://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=http%3A%2F%2Fwww.themalaysianinsider.com%2Frencana%2Farticle%2Fnajib-gagal-tunjuk-kejantanan-di-tempat-sendiri-fariz-musa%2F&title=Najib%20gagal%20tunjuk%20kejantanan%20di%20tempat%20sendiri%20%E2%80%94%20Fariz%20Musa&source=%7Bweblog_title%7D&summary=EXCERPT
  
https://favorites.live.com/quickadd.aspx?marklet=1&url=http%3A%2F%2Fwww.themalaysianinsider.com%2Frencana%2Farticle%2Fnajib-gagal-tunjuk-kejantanan-di-tempat-sendiri-fariz-musa%2F&title=Najib%20gagal%20tunjuk%20kejantanan%20di%20tempat%20sendiri%20%E2%80%94%20Fariz%20Musa
  
http://promote.orkut.com/preview?nt=orkut.com&tt=Najib%20gagal%20tunjuk%20kejantanan%20di%20tempat%20sendiri%20%E2%80%94%20Fariz%20Musa&du=http%3A%2F%2Fwww.themalaysianinsider.com%2Frencana%2Farticle%2Fnajib-gagal-tunjuk-kejantanan-di-tempat-sendiri-fariz-musa%2F&cn=26%20APRIL%20%26mdash%3B%20Datuk%20Seri%20Najib%20Razak%20akhirnya%20masih%20gagal%20menyahut%20jemputan%20untuk%20berdebat%20dengan%20Ketua%20Umum%20Parti%20Keadilan%20Rakyat%20Datuk%20Seri%20Anwar%20Ibrahim%20yang%20telah%20turun%20ke%20Felda%20Chini%201%20di%20dalam%20kawasan%20Parlimen%20Pekan%20pada%20jam%209%20malam%20%2C%2025%20April...
  
http://reddit.com/submit?url=http%3A%2F%2Fwww.themalaysianinsider.com%2Frencana%2Farticle%2Fnajib-gagal-tunjuk-kejantanan-di-tempat-sendiri-fariz-musa%2F&title=Najib%20gagal%20tunjuk%20kejantanan%20di%20tempat%20sendiri%20%E2%80%94%20Fariz%20Musa
  
http://twitter.com/share?url=http%3A%2F%2Fwww.themalaysianinsider.com%2Frencana%2Farticle%2Fnajib-gagal-tunjuk-kejantanan-di-tempat-sendiri-fariz-musa%2F&text=Najib%20gagal%20tunjuk%20kejantanan%20di%20tempat%20sendiri%20%E2%80%94%20Fariz%20Musa%20-

<<"">>

Kirim email ke