`Ubah’ sekadar gimik pembangkang – Najib
  ============================================


April 27, 2013
Perdana Menteri berkata di sebalik slogan yang kononnya mengandungi madu itu 
sebenarnya tersembunyi racun berbisa.
 
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/02/bn-looking-at-new-seat-deals/attachment/najib-bn/
 SARATOK: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan slogan ‘ubah” yang dilaungkan 
pembangkang tidak lebih daripada
sekadar gimik bagi meraih perhatian, menasihatkan rakyat supaya tidak 
terpengaruh dengannya.
Perdana Menteri berkata di sebalik slogan yang kononnya mengandungi madu itu 
sebenarnya tersembunyi racun berbisa yang mana telah dirasai penduduk di empat 
buah negeri yang ditadbir pakatan pembangkang ketika ini.
Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang ditadbir pakatan pembangkang.
“Empat buah negeri yang ditadbir pembangkang, setengah daripada kita termakan 
dengan slogan ubah, tetapi hari ini keempat-empat negeri itu sarat dengan 
kekecewaan sebab kerajaan yang dipilih tidak dapat laksana apa yang dijanjikan.
“Jadi, saya ingin mengingatkan rakyat supaya jangan sesekali tertarik dengan 
ungkapan ubah sebab tidak ada apa-apa yang mereka lakukan sebelum ini selepas 
diberi amanah menjadi kerajaan di negeri berkenaan,” katanya ketika berucap 
pada majlis pemimpin bersama rakyat di dataran Krian di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu dan calon Barisan 
Nasional (BN) di kerusi Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom, yang juga 
Menteri Pembangunan Sosial negeri.
 /Bernama/

Kirim email ke