Politik http://www.sinarharian.com.my/politik/ 
Perang siber tidak jejas perang bendera
Wartawan Sinar Harian
28 April 2013 
Deretan bendera Barisan Nasional dan Pas memenuhi Jalan Panji Alam dekat 
Kampung Nibong sempena kempen menjelang PRU13 di Kuala Terengganu. - Foto 
Bernama
Bendera parti politik mula dipasang di Jalan Datuk Keramat Kuala Lumpur. - Foto 
Bernama
KUALA TERENGGANU - Kehebatan dunia teknologi maklumat yang merancakkan perang 
siber pada pilihan raya umum kali ini masih tidak dapat menandingi kehebatan 
perang bendera.

Bendera parti-parti yang bertanding berkibaran hampir di semua tempat, baik di 
sepanjang jalan raya, jambatan, kaki lima, jejantas, tiang elektrik mahupun 
pokok-pokok besar, bagi menarik perhatian masyarakat.

Di Terengganu, perang bendera yang bermula sebelum pembubaran Parlimen dan 
dewan undangan negeri kini memuncak dengan parti-parti bertanding 
menampilkankreativiti menerusi pembinaan replika menggunakan bendera.

Replika kapal terbang, keris, bot dan kereta kebal dapat dilihat di beberapa 
kawasan termasuk di markas parti seperti yang dilakukan Pemuda Umno Cawangan 
Sakti, Teluk Pasu di Manir di sini.

Ketuanyaa Shahrizal Zainuddin berkata mereka memilih replika pasu dan keris 
bagi menggambarkan perasaan sayang kepada kampung dan parti mereka.

Keris merupakan simbol kemegahan Umno dan pasu bertepatan dengan nama kampung 
kami Teluk Pasu, katanya kepada Bernama, di sini.

"Kami mengambil selama empat hari untuk menyiapkan replika itu yang dihasilkan 
dengan menggunakan papan lapis serta aluminium.

"Kos untuk menghasilkan dua replika ini kira-kira RM1,000 dan kami 
bergilir-gilir menjaga markas sehingga pukul 3 pagi setiap hari kerana tidak 
pernah putus menerima kunjungan orang ramai," katanya. 

Selain itu, Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Chendering Pantai, Kampung, 
Raja, Kuala Terengganu juga berjaya memikat pandangan mata masyarakat apabila 
meletak patung berpakaian pahlawan Melayu yang diperbuat daripada bendera BN. - 
Bernama

<<"">>

Kirim email ke