KEADILAN optimis menang semua kerusi di Pahang
==============================================


(Oleh Aliff Fikri)
PAHANG 2 MEI: KEADILAN Pahang optimis untuk menang keseluruhan kerusi yang 
dipertandingkan, sekaligus membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya selepas 5 Mei.
 http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/05/pahang-flag.jpg 
Pengerusi KEADILAN Negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, penerimaan baik 
setakat ini terhadap kesemua calon KEADILAN Pahang merupakan petunjuk perubahan 
bakal tercetus di negeri itu.
KEADILAN bertanding di lima kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN di Pahang. PRU 
12, KEADILAN berjaya memenangi dua kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat 
pula berjaya memenangi empat kerusi.
Katanya, kerusi-kerusi di kawasan luar bandar turut menampakkan perkembangan 
positif apabila penduduk menyatakan sokongan terhadap KEADILAN.
“Di kawasan-kawasan seperti Kuala Lipis dan Jerantut, sokongan dari rakyat juga 
begitu hebat,” katanya yang juga calon KEADILAN di Parlimen Indera Mahkota.
Menurutnya, kerusi ditandingi KEADILAN di Paya Besar yang diwakili peguam muda, 
Murnie Hidayah Anwar misalnya berpotensi untuk dimenangi, berdasarkan penolakan 
rakyat terhadap calon BN, Datuk Abdul Manan.
Beliau turut yakin calon KEADILAN di Parlimen Pekan, Fariz Musa mampu memberi 
tentangan paling sengit terhadap Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib 
Razak, sekurang-kurangnya menurunkan majoriti.
“Jika majoriti undi tersebut berjaya dikurangkan ia merupakan satu kemenangan 
untuk Pakatan Rakyat,” kata Fauzi.

<<"">>

Kirim email ke