Risalah ‘Cina kuasai Malaysia’ diedarkan di program BN
    ==========================================================

 http://www.themalaysianinsider.com/ The Malaysian Insider – 22 hours ago

Email http://my.news.yahoo.com/_xhr/mtf/panel/ Share 
http://www.facebook.com/sharer.php?u=http%3A%2F%2Fmy.news.yahoo.com%2Frisalah-cina-kuasai-malaysia-diedarkan-di-program-bn-071221584.html&t=Risalah%20%E2%80%98Cina%20kuasai%20Malaysia%E2%80%99%20diedarkan%20di%20program%20BN%20-%20Yahoo%21%20News%20Malaysia
 114    * 
    * 
    * 
Print

    Related Content

View Photo 
http://my.news.yahoo.com/photos/dap-salahkah-spr-kerana-pendaftaran-pengundi-luar-negara-photo-112314659.html
 
MCA menentang Perkasa, tapi terima ‘taubat’ Zul Noordin, kata Soi Lek
View Photo 
http://my.news.yahoo.com/photos/risalah-cina-kuasai-malaysia-diedarkan-di-program-bn-photo-071241087.html
 
Risalah ‘Cina kuasai Malaysia’ diedarkan di program BN
Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita
 SHAH ALAM, 2 Mei ― Risalah bertajuk “Malaysia Negara Rakyat Cina” adalah 
diantara yang turut diedarkan kepada hadirin yang majoritinya terdiri daripada 
Melayu ke program ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Barisan Nasional (BN) 
malam tadi.
Risalah empat muka itu berlatarkan logo DAP, menceritakan tentang perjumpaan 
kaum Cina yang didakwa diadakan di Ipoh pada 15 Mei 1978, turut diberikan oleh 
salah seorang petugas BN kepada The Malaysian Insider.
“Mari sama-sama kita bersatu padu demi untuk keuntungan diri dan perniagaan 
hidup bangsa Cina yang mulia. Kita patut memakai peribahasa Melayu yang bodoh 
itu, seperti kadok naik junjung dan beri betis hendakkan peha. Mula-mula kita 
tumpang negara orang, kemudian kita takluk dengan cara halus lagi berkesan 
serta lebih rapi yang mana semua pemimpin-pemimpin kita khasnya sudah pun ada 
matlamat ini. Mungkin dalam 2 atau 3 pilihan raya lagi kita akan berkuasa dan 
berjaya memecah belahkan pemimpin Melayu,” tulis risalah tersebut.
“Saya dan pemimpin-pemimpin DAP sangat-sangat berharap semoga semua sama-sama 
kita bersatu padu merampas hak melayu kepada hak Cina, bantulah bangsa kita 
walau dengan apa cara sekalipun. Kejayaan inilah atas kerjasama serta 
persefahaman dari bangsa kita yang cerdik lagi mulia.”
Di muka surat akhir risalah itu tertulis keterangan mengatakan rencana itu 
diterjemahkan oleh seorang Melayu mirip wajah Cina yang mendapat risalah yang 
ditulis dalam bahasa Cina.
Beliau yang tidak dinamakan, mengingatkan orang-orang Melayu tentang ancaman 
terhadap kedudukan mereka oleh orang Cina.
Risalah itu diakhiri dengan amaran, “Mahukah tuan-tuan rela dan meredahi bangsa 
laknat (Cina) ini berkuasa dengan sewenang-wenangnya, hidupkan semangat 
menentang kafir itu demi agama suci Islam kita.”
DAP adalah salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali 
dikatakan sebagai parti perkauman oleh Umno yang menerajui BN.
Sementara MCA yang merupakan ahli BN pula dalam iklan-iklan mereka 
diakhbar-akhbar arus perdana mengatakan undi kepada DAP sama dengan pelaksanaan 
hukum Islam hudud oleh PAS.
Secara ironinya, Dr Mahathir yang menjadi penceramah utama turut menyentuh 
tentang Penasihat DAP Lim Kit Siang yang beliau sifatkan sebagai seorang 
pelampau perkauman dan menghasut orang-orang Cina supaya membenci Melayu.
“Tuan-tuan dan puan-puan, malam ini pun saya nak sebut dengan suara yang 
selantang mungkin. Bahawa Kit Siang adalah seorang rasis, Kit Siang adalah 
seorang rasis, Kit Siang adalah seorang pelampau perkauman,” kata bekas perdana 
menteri itu disambut oleh hadirin yang menjeritkan “betul”.
Semalam The Malaysian Insider melaporkan gambar provokatif papan iklan kempen 
pilihan raya mengatakan gereja sebagai merampas “Allah” telah merebak di 
internet dan mencetuskan kemarahan di kalangan orang Kristian dikala 
parti-parti politik dan penyokong dilihat semakin ghairah untuk menawan 
Putrajaya.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik dari agensi 
berita nasional Bernama walau bagaimanapun menafikan sekerasnya dakwaan BN 
menerbit, mencetak serta memasang banner kempen yang melampau dan tidak 
bertanggungjawab.
Tinggal tiga hari lagi sebelum rakyat Malaysia akan membuat keputusan pada 5 
Mei ini sama ada akan mengekalkan BN atau memberi peluang kepada PR untuk 
mentadibir negara.

<<"">>

<<"">>

Kirim email ke