Buat pertama kali Harakahdaily potong Thestar, Utusan 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18959-buat-pertama-kali-harakahdaily-potong-thestar-utusan
 

Hazayani Zakaria, 03 Mei 2013 
KUALA LUMPUR:* Buat pertama kalinya dalam sejarah, Harakahdaily sebagai portal 
berita dan juga lidah rasmi PAS berjaya memotong dua laman berita perdana iaitu 
Thestar.com.my dan Utusan.com.my.

Laporan ini dikeluarkan oleh pencerap ranking laman web seluruh dunia, 
Alexa.com.

Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong dalam satu kenyataan media 
berkata, pencapaian terbaru Harakahdaily ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia 
sangat dahagakan maklumat seimbang selepas hanya disuap dengan maklumat sebelah 
pihak oleh media arus perdana.

"Ianya juga lambang sokongan rakyat kepada pemilik laman ini iaitu PAS dan 
rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

"ini juga hasil kerja keras semua keluarga Harakahdaily khasnya wartawan dan 
pasukan IT kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkifli, selama ini, laman The Star (yang dimiliki MCA) dan Utusan 
(yang dimiliki Umno) adalah dua laman web berita yang sangat popular.

Kedua-duanya hanya berada dua anak tangga di belakang laman web berita yang 
paling popular di Malaysia iaitu Malaysiakini.com.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada para pembaca yang telah memberi 
kepercayaan kepada Harakahdaily. Komitmen kami untuk terus memberi maklumat 
kepada rakyat Malaysia," katanya.

Media milik PAS versi cetak iaitu Harakah pula pernah mencapai kedudukan 
sebegini pada pilihan raya 1999 lalu.

Ketika itu cetakan Harakah adalah 350,000 naskah purata dan 380,000 naskah 
menjelang hari pengundian dalam pilihan raya 1999 lalu.

Kesan dari populariti akhbar ini, PAS berjaya mendapat dua negeri dalam pilihan 
raya itu (Kelantan dan Terengganu) di samping berjaya menghantar 28 pemimpinnya 
ke Parlimen.

Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor kemudiannya dilantik sebagai Ketua 
Pembangkang selepas pilihan raya tersebut.

"Kini mood dan suasana itu berulang kembali. Menjelang 5 Mei 2013, kami di 
Harakahdaily yakin Pakatan Rakyat mempunyai jalan yang sangat cerah untuk ke 
Putrajaya," katanya.

PERINGATAN:* *Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik 
peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan 
TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi 
tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan 
bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur 
perkauman.*

inShare

<<"">>

Kirim email ke