Ayuh anak muda, rebut peluang tukar kerajaan esok
    =================================================


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 4 MEI: Calon KEADILAN Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd 
Akin menyeru semua anak muda bersama-sama melakar sejarah menukar kerajaan 
dalam pilihan raya esok.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu berkata, perubahan yang berlaku selepas 
pengundian esok akan menunjukkan kepada BN bahawa rakyat mempunyai kuasa dan 
kebebasan untuk memilih.
“Anak muda pemangkin kepada perubahan. Jika kita lihat negara luar seperti 
Indonesia, Myanmar dan terbaru di Timur Tengah, arus perubahan semua dilakukan 
anak muda,” katanya kepada Keadilan Daily.
Jelas Shamsul, Pakatan Rakyat telah pun menggubal manifesto yang akan 
memastikan anak muda diangkat tarafnya dari segi ekonomi, pendidikan dan 
peluang pekerjaan.
“Semua manifesto yang kita rencanakan akan dilaksanakan sebaik sahaja mendapat 
mandat. Cara hidup dan pemikiran anak muda perlu ditingkatkan, sebab itu kita 
perlu berubah,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan beliau di Bukit Katil yang akan bersaing 
dengan Datuk Seri Ali Rustam, Shamsul berkata, rekod buruk Ketua Menteri Melaka 
itu akan menjadi faktor kemenangan Pakatan.
“Saya yakin dengan pelbagai rekod buruk yang ditinggalkan Ali di Melaka, 
membabitkan hutang negeri sehingga lebih RM800 juta dan program ekonomi yang 
tidak menjadi, itu semua akan jadi faktor kemenangan calon Pakatan,” kata 
Shamsul.

 *Short URL*: http://www.keadilandaily.com/?p=51628

 
http://digg.com/submit?phase=2&url=http://www.keadilandaily.com/ayuh-anak-muda-rebut-peluang-tukar-kerajaan-esok/index.html&title=Ayuh%20anak%20muda,%20rebut%20peluang%20tukar%20kerajaan%20esok
  
http://del.icio.us/post?url=http://www.keadilandaily.com/ayuh-anak-muda-rebut-peluang-tukar-kerajaan-esok/index.html&title=Ayuh%20anak%20muda,%20rebut%20peluang%20tukar%20kerajaan%20esok
  
http://www.facebook.com/share.php?u=http://www.keadilandaily.com/ayuh-anak-muda-rebut-peluang-tukar-kerajaan-esok/index.html&t=Ayuh%20anak%20muda,%20rebut%20peluang%20tukar%20kerajaan%20esok
  
http://www.google.com/bookmarks/mark?op=edit&bkmk=http://www.keadilandaily.com/ayuh-anak-muda-rebut-peluang-tukar-kerajaan-esok/index.html&title=Ayuh%20anak%20muda,%20rebut%20peluang%20tukar%20kerajaan%20esok
  
http://sphinn.com/submit.php?url=http://www.keadilandaily.com/ayuh-anak-muda-rebut-peluang-tukar-kerajaan-esok/index.html&title=Ayuh%20anak%20muda,%20rebut%20peluang%20tukar%20kerajaan%20esok
  
http://www.stumbleupon.com/submit?url=http://www.keadilandaily.com/ayuh-anak-muda-rebut-peluang-tukar-kerajaan-esok/index.html&title=Ayuh%20anak%20muda,%20rebut%20peluang%20tukar%20kerajaan%20esok
  
http://technorati.com/faves?add=http://www.keadilandaily.com/ayuh-anak-muda-rebut-peluang-tukar-kerajaan-esok/index.html
 

 Posted by KeadilanDaily http://www.keadilandaily.com/author/adminkdaily5  on 
May 4 2013. Filed under NASIONAL http://www.keadilandaily.com/category/nasional 
. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 
http://www.keadilandaily.com/ayuh-anak-muda-rebut-peluang-tukar-kerajaan-esok/index.html/feed
 . You can leave a response or trackback to this entry

<<"">>

Kirim email ke