PRU13: Boleh fail petisyen jika tidak puas hati
7 Mei 2013 
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
KUALA LUMPUR - Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum 
ke-13 (PRU13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses 
pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tempoh untuk berbuat 
demikian ialah 21 hari selepas tarikh pewartaan.

Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua 
minggu.

Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri 
masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

"Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, 
mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad," 
katanya ketika diwawancara dalam rancangan 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV, 
malam tadi.

Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung 
keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang 
melibatkan 40 petisyen.

Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku 
tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau 
sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan 
undang-undang dan peraturan pilihan raya.

"Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang.

Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia 
menceritakan kami tolak PRU," katanya. - Bernama

Share on facebook 
http://www.sinarharian.com.my/pru13-boleh-fail-petisyen-jika-tidak-puas-hati-1.157804#
 Share on twitter 
http://www.sinarharian.com.my/pru13-boleh-fail-petisyen-jika-tidak-puas-hati-1.157804#
 Share on email 
http://www.sinarharian.com.my/pru13-boleh-fail-petisyen-jika-tidak-puas-hati-1.157804#
 Share on print 
http://www.sinarharian.com.my/pru13-boleh-fail-petisyen-jika-tidak-puas-hati-1.157804#
 More Sharing Services 
http://www.sinarharian.com.my/pru13-boleh-fail-petisyen-jika-tidak-puas-hati-1.157804#
 1 
http://www.sinarharian.com.my/pru13-boleh-fail-petisyen-jika-tidak-puas-hati-1.157804#
 

http://www.sinarharian.com.my  tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan 
dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan 
peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan 
pendirian kami. /

<<"">>

Kirim email ke