----- Original Message -----
From: Azali Rahman
Sent: 05/07/13 09:00 PM
To: azali rahman
Subject: Fw: [melayucyber] TMI: Apabila Pakatan tak sampai ke Putrajaya

--- On  *Tue, 5/7/13, dr. no <projek...@gmail.com> wrote:
From: dr. no <projek...@gmail.com>
Subject: [melayucyber] TMI: Apabila Pakatan tak sampai ke Putrajaya
To: melayucy...@yahoogroups.com
Cc: respeks_gr...@yahoogroups.com
Date: Tuesday, May 7, 2013, 5:23 PM

rugi sungguh.....
- minyak tak turun harga
- tol kena bayar sampai tua
- pendidikan tak percuma...kena hutang kalau takde duit
- harga elektrik takkan jadi lebih rendah
- kereta entah turun harga ke tidak...cukai eksais tetap ada

nak harap BN...dia dah kata dah....kalau buat benda-benda untuk rakyat ni, 
negara akan bankrap....
Tapi kalau kroni sapu...semua ok....bole hutang lagi

***
.....dan dalam perkembangan lain hari ini....Utusan Meloya nampaknya cuba 
dengan bodoh mainkan api perkauman untuk cuba panaskan melayu dgn tsunami cina, 
demi menutup merosotnya sokongan pada BN......tapi...mai kira, buat anggaran:

Jumlah pengundi = 13.3 juta (80% pergi mengundi)
dimana 25% cina = 3.325 juta
Jumlah cina yang mengundi = 3.325 x 0.80 = 2.66 juta

Jumlah undi untuk PR = 5.489 juta
Jika semua cina undi PR (tentunya tidak):
jumlah pengundi bukan cina = 5.489 - 2.66 = 2.829 juta

Jadi siapa 2.829 juta orang bukan cina yang memilih Pakatan Rakyat tu? tu baru 
anggaran minima tu...

tentunya majoriti sangat besar adalah melayu yang menolak BN....
sudahlah Najib...kau dah gagal lagi teruk dari Pak Lah...tak perlu cakap 
mengarut la......tak puas hati, meh buat PRU lagi sekali secepat 
mungkin....hahaha

------------------------------------

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/apabila-pakatan-tak-sampai-ke-putrajaya-subky-latif/
 

    Apabila Pakatan tak sampai ke Putrajaya — Subky Latif
    -------------------------------------------------------


MAY 07, 2013
7 MEI — Dengan keputusan PRU13 telah diketahui Pakatan Rakyat tidak sampai ke 
Putrajaya. Masing-masing terpaksa balik ke pengkalan sendiri untuk memikirkan 
lain kali pula ke situ.
Sama ada setuju atau tidak setuju dengan keputusan itu tiada apa yang dapat 
dibuat, kerana sistem pilihanraya demokrasi memperaturkan keputusan itu 
diterima baik apa jua yang berlaku.
Dengan keputusan itu Putrajaya tidak dapat diambil alih. Kerajaan pusat yang 
sama dan Perdana Menteri yang sama menyambung tanggungjawabnya.

Dengan ini harga minyak tidak dapat diturunkan dalam masa 24 jam selepas 
keputusan pillihanraya diketahui. Harga minyak terus seperti biasa. Kerajaan 
yang ada tidak menjanjikan harganya diturunkan dan tidak pula berjanji ia tidak 
akan dinaikkan. Rakyat akan menghadapi keadaan yang sama tentang harga minyak 
dan segala kesannya.
Tiada janji harga barang dapat dikawal.
Negeri yang menghasilkan minyak iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak hilang 
peluang untuk dapat royalti minyak 20 peratus. 
Kelantan yang sedang menuntut haknya atas minyak yang dinafikan sejak sekian 
lama hilang peluang yang segera untuk menyelesaikan tuntutan itu. Bahkan negeri 
seperti Terengganu tidak ada jaminan untuk mentadbirkan sendiri royalti lima 
peratusnya yang dirampas sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Harapan untuk membeli motokar baru yang murah juga hilang. Walaupun BN dalam 
aku janji manifestonya menjanjikan untuk menurunkan harga motokar yang baru, 
tetapi ia tidak menjanjikan penghapusan cukai eksais atasnya.
Orang-orang yang menangguh pembelian motokar sejak beberapa bulan dulu kerana 
menunggu harapan PR sampai ke Putrajaya, terpaksa melupakan harapan itu. 
Terpaksalah membelinya dengan harga yang biasa.
Orang yang meminjam PTPTN terpaksa melupakan saja harapan ia dimansuhkan dan 
yang menangguhkan membayarnya dulu beriktiarlah membayarnya. 
Ibu bapa yang anak-anaknya yang bakal masuk universiti selepas ini, tak usah 
memikirkan anak-anaknya akan bebas dari tanggungjawab PTPTN. Rakyat sekarang 
sudah hilang peluang untuk mendapat pelajaran percuma dari pra sekolah hingga 
ke universiti.
Ibu bapa yang mahu anak-anaknya masuk ke sekolah agama rakyat dan tahfiz 
al-Quran terpaksa memikirkan sistem pengajian itu mengikut cara lama iaitu 
berbelanja sendiri.
Semangat perlembagaan menjanjikan setiap anak yang lahir ada peruntukan 
pendidikan per kepala. Peruntukan itu akan ikut ke sekolah mana anak itu pergi. 
Yang memilih belajar di sekolah Tamil dan Cina, ke sekolah itulah duit itu 
diberi. Tetapi yang pergi ke sekolah agama rakyat seperti pondok dan tahfiz, 
duit itu tidak mengikut murid itu.
Pakatan Rakyat ada menjanjikan sekolah seperti itu termasuk dalam sistem 
pelajaran percuma yang dicadangkan.
Harapan untuk bebas tol lebuhraya secara berperingkat-peringkat tidak dinikmati 
selagi Putrajaya tidak diambil alih oleh Pakatan. Maka sekalian rakyat untuk 
masa lima tahun akan datang tidak dapat berangan-angan untuk melalui lebuhraya 
tanpa tol. Tidak diketahui apakah ia akan dikurangkan? Apa pun bersedialah 
untuk meneruskan mengguna lebuhraya seperti biasa.
Orang-orang yang kena saman ekor, bersedialah untuk membayarnya jika tidak mahu 
diburu.
Apakah tidak mustahil kerajaan yang menang itu menciplak segala janji manifesto 
PR? Ia tidak dapat difikirkan kerana ia berkara, melaksanakan janji itu 
menyebabkan negara bangkrap. Ia tak akan fikirkan hal itu.
Jangan berputus asa. Sebarlah dengan ujian kekalahan itu. Lima tahun lagi akan 
diteruskan janji itu. Lima tahun tidaklah lama sangat. — Harakahdaily
 /* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili 
pandangan The Malaysian Insider./


Kirim email ke