Bekas MB Kedah, Azizan Abdul Razak tenat
ROSLINDA HASHIM
8 Mei 2013 
Azizan
ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak 
dilaporkan berada dalam koma dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Azizan ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) hospital tersebut.

Bekas Setiausaha Politik Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan Azizan, 70, 
kini dipantau rapi oleh doktor dan dalam keadaan koma.

“Azizan koma sejak pukul 5.30 pagi tadi. Beliau dipindahkan dari sebuah 
hospital swasta di sini petang kelmarin selepas mengalami jangkitan virus di 
bahagian kaki. Jangkitan itu melarat dan setelah diberi antibiotik, Azizan alah 
dan koma,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, beliau sempat membacakan Yasin dan berzikir di sebelah 
Azizan, dan dilihat memberi respons dengan kejip matanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azizan mempertahankan kerusi Dewan 
Undangan Negeri Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali 
yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, Pas kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN 
memenangi 21 dari 36 kerusi Dun untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

<<"">>

Kirim email ke