'Kerajaan 47 peratus' akan cengkam rakyat 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/19067-kerajaan-47-peratus-akan-cengkam-rakyat
 

Abdul Aziz Mustafa, 08 Mei 2013 
KUALA LUMPUR: *Rakyat Malaysia yang sepatutnya mendapat kerajaan yang 
menurunkan harga minyak akhirnya mendapat kerajaan 47 peratus, kata Naib 
Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Ketika Pakatan Rakyat mendapat 5.489 juta undi atau 50.3 peratus sokongan, 
Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 5.220 undi sahaja atau 46.8 peratus 
sokongan.
"Sebab itulah saya kata kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan 47 
peratus," katanya.
Di Perak, katanya, keadaan bertambah buruk apabila rakyat negeri itu terpaksa 
menerima kerajaan 45 peratus.
"BN Perak dilaporkan menerima undi tidak sampai 45 peratus pengundi di negeri 
itu," katanya.
Mahfuz mengucapkan takziah kepada rakyat yang terpaksa menerima kerajaan 47 
peratus walaupun mereka telah berusaha untuk mendapatkan kerajaan yang 
menawarkan penurunan harga minyak, penurunan tarif elektrik dan air, penurunan 
harga kereta, penghapusan tol, penghapusan pinjaman PTPTN, penghapusan saman 
AES dan penghapusan monopoli.
"Amat malang kerana mereka terpaksa berhadapan kerajaan BN yang pasti akan 
mengakibatkan tekanan hidup lebih teruk ke atas mereka.
"Harga minyak akan naik, saman AES terus mencengkam rakyat, cukai GST 
dilaksana, tol diteruskan, PTPTN diteruskan, tiada pendidikan percuma manakala 
rasuah dan kronisme pastilah akan lebih bermaharajalela," katanya.

PERINGATAN:* *Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik 
peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan 
TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi 
tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para k*

<<"">>

Kirim email ke