Ayuh, selepas solat Jumaat di Kedutaan Syria 
<http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/19959-a\
yuh-selepas-solat-jumaat-di-kedutaan-syria>

., 11 Jun 2013


1. Krisis Syria telah berlanjutan 2 tahun. Sejak 15 Mac hingga 15 Mac
2013.


2. Kini lebih 1.6 juta rakyat Syria menjadi pelarian dan hampir 100 ribu
rakyat terbunuh.

3. Para alim ulama menegaskan kebangkitan rakyat Syria adalah jihad dan
mati mereka kerananya adalah syahid.

4.  Justeru itu, saya menyeru agar seluruh rakyat dan warga prihatin di 
negara ini tanpa mengira perbedaan agama, kaum dan politik berkumpul di 
hadapan Kedutaan Syria pada hari Jumaat ini bersamaan 14 Jun 2013 
sejurus selesai solat Jumaat bagi menyatakan bantahan dan kutukan keras 
kita terhadap campurtangan asing, keganasan, pertumpahan darah dan 
kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Syria

5. Sewajarnya kita  menunjukkan solidariti kita terhadap insan yang
tertindas menjadi mangsa  kekejaman dan gas beracun. Sungguhpun Syria
nun beribu kilometer, namun  kekejaman dan keganasan yang berlaku tidak
mungkin membuatkan kita kaku  membatu diri.

6. Saya juga menyeru agar sebelum turun berhimpun  dan menyerahkan
memorandum kecaman ke Kedutaan Syria, seluruh masjid  mengadakan solat
hajat memohon pertolongan Allah swt dan sekaligus  memusnahkan mereka
yang kejam, ganas dan tidak berhati perut.

7.  Penyertaan dan solidariti dari pihak NGO dan orang perseorangan
sangat  dialu-alukan bagi meningkatkan tekanan ke atas pihak berkuasa
Syria  supaya segera mengambil langkah menghentikan keganasan dan
menerima  campur tangan asing. Juga tekanan ke atas badan-badan dunia
yang  berautoriti agar mengusahakan kedamaian dan keselamatan rakyat
Syria dan  mengambil tindakan tegas kepada penjenayah kejam yang
membunuh rakyat  Syria.

8. Diulangi:

Tarikh: 14 Jun 2013
Hari: Jumaat
Masa: Sejurus selesai solat Jumaat.
Tempat: Kedutaan Syria Kuala Lumpur.

9.  Kita juga mendesak agar ketajaan Malaysia segera menyatakan sikap
untuk  mengutuk kekejaman ini dan mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi 
membincang dan mengambil keputusan dan tindakan rasmi kerajaan Malaysia 
terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di bumi Syam itu.

10.  Ayuh nyatakan kebersamaan dan penyertaan saudara untuk menentang 
kezaliman dan kekejaman manusia banjingan ini. Temui anda di sana.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
 

Kirim email ke