7 lokasi berkumpul untuk Himpunan `Padang Merbok 622′
KUALA  LUMPUR 19 JUN: Sekretariat Black 505 menamakan himpunan pada 22
Jun  sebagai `Padang Merbok 622′. Semua sebaran mengenai
himpunan itu wajar  menggunakan tag tersebut.

Lokasi berkumpul yang ditetapkan  sebanyak tujuh tempat dan pada setiap
tempat akan diketuai pemimpin yang  terdiri daripada ahli politik dan
pemimpin NGO yang akan dinamakan  kemudian.

Peserta himpunan boleh tiba di check points berkenaan seawal pukul 12
tengah hari. Tujuh lokasi tersebut ialah:

1. Brickfields – Peserta dari Klang, Petaling Jaya dll
2. Masjid Negara – Peserta dari Utara (menaiki keretapi)
3. Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut – Warga Kuala Lumpur
4. Jalan Pudu/Jalan Sultan – Peserta dari Selatan (menaiki bas)
5. Universiti Malaya – Peserta mahasiswa
6. Sogo – Warga Kuala Lumpur
7. Pekeliling – Peserta dari Timur

Kesemua peserta akan mula berarak pada pukul 2 petang menuju ke Padang
Merbok melalui kawasan tengah Kuala Lumpur.

  [peta] 
<http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/06/peta.png> Pihak
penganjur Blackout 505 juga akan menyediakan pasukan petugas perubatan 
bagi merawat peserta yang mengalami sebarang kecederaan pada hari 
perhimpunan.

Penganjur juga bekerjasama dengan Bar Council, Lawyer  for Liberty dan
lain-lain bagi memberi bantuan nasihat perundangan  sekiranya pihak
polis membuat tangkapan peserta perhimpunan.

Perserta  dinasihati mengikut dengan jelas setiap arahan dan panduan
daripada  marsyal yang disediakan pihak penganjur. Sama ada Unit Amal
PAS, anggota  Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan sebagainya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53522

Kirim email ke