Assalamualaikum.
Maafkan anakanda Ummi jika kedatangan email yang tidak diundang ini menganggu keharmonian  ummi.
 
Bab Ibnu Tamiyah dan kunco-kunconya dalam fahaman Wahabi adalah sebahagian dari lipatan sejarah. Bermula dari keluarga diraja Saud yang berfahaman Wahabi yang menguasai Bumi Saudi dengan mengeluarkan Al Malik Hussin yang berfahaman ahlul Sunnah Wal Jamaah (setengah pehak mendakwa beliau dari Nasab Rasullulah) sehingga beliau menetap di Jordan.
 
Pehak Inggeris amat bijak dalam menjayakan situasi ini ibarat mengantikan Tanah Palestin ketangan pemerintahan Yahudi. Fahaman Wahabi dikenal pasti boleh melumpuhkan ajaran Tasawuf dalam Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Golongan Ahlul Sunnah Wal Jamaah  mengiktirafkan hanya pendapat dari Imam Ghazali dalam bab Ilmu tasawuf
 
Kalau dikatakan Fahaman Wahabi menerima ajaran Tasawuf, bagaimana mungkin kerajaan Arab Saudi mengharamkan kitab Ehya Ulumudin karangan Imam Ghazali.Fahaman Ibnu Tamiyah inilah yang disebarkan oleh pehak penjajah sehingga keperingkat Universiti Al-Azhar dan  Universiti tempatan dinegara Islam masing2.Terutama dalam pengajian Islam.
 
Hasilnya boleh dilihat di Malaysia, mereka yang kembali setelah mendapat Phd atau master atau Ijazah dalam Pengajian Islam rata2nya boleh dikatakan penentang utama Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Sila lihat artikel saya dalam Yahudi Menyesatkan Ulamak Dalam ruangan [EMAIL PROTECTED]   (Sila layari http://groups.yahoo.com/group/sibermelayu)
 
Antara kekejaman yang golongan wahabi diMalaysia lakukan ialah sampai pengharaman sebuah jemaah Islam dimana ketuanya telah ditahan dalam tahanan ISA selama 10 tahun ( Sila baca artikel saya dalam siber melayu Mengenai Rufaqa,Al- Arqam dan Ustaz Ashaari) .Nak tahu rentak kumpulan Wahabi sila lihat dalam [EMAIL PROTECTED]
Bagi saya kemungkaran yang telah dilakukan oleh golongan Wahabi ini kena dijelaskan secara terperinci  oleh rakyat Malaysia yang bertaqlid pada Imam Syafei dalam bab Fekah, Imam Abu Hassan Alsyaari dalam bab Usuludin dan Imam Ghazali dalam bab Tasawuf.
 
Buat apa kita nak mengikut fahaman yang lain seperti fahaman Wahabi kerana telah terbukti fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah Ibarat PERMATA dalam menyuluh kehidupan kearah Pengabadian Pada Illahi dan kearah Kegemilangan Islam di Nusantara khasnya dan dunia amnya. Wallahualam


[EMAIL PROTECTED] wrote:
Bismillahir Rahmaa Nir Raheem

Pendahuluan.

Topik �Pandangan Ibn Taimiyyah dalam Tasawuf� adalah satu persoalan yang amat penting kepada masyarakat Islam. Paling kurang kepentingan ini terletak dalam dua sudut:

1. Membetulkan salah anggap sebahagian masyarakat Islam yang cenderung kepada ilmu tasawuf bahawa kononnya Ibn Taimiyyah menolak ilmu tasawwuf secara keseluruhannya, malah bertindak keras untuk membasminya.

2. Menjernihkan salah faham sebahagian lain masyarakat Islam yang cenderung kepada manhaj Ibn Taimiyyah akan tetapi tidak menguasainya secara keseluruhan. Mereka tersalah faham bahawa kononnya Ibn Taimiyyah menolak dan membasmi ilmu tasawuf lalu dengan itu mereka juga menolak dan membasmi ilmu tasawwuf.

Insya-Allah dalam ruangan yang serba terbatas ini, penulis akan cuba untuk membetulkan salah anggap dan menjernihkan salah faham di atas. Atas dasar ini penulis membahagikan kertas kerja ini kepada dua bahagian utama, Bahagian Pertama memberi pengenalan umum kepada ilmu tasawuf manakala Bahagian Kedua membahas pandangan Ibn Taimiyyah dalam ilmu tasawuf.



Bahagian Pertama: Pengenalan Kepada Ilmu Tasawuf.



Pengertian Tasawuf.

Para pengkaji ilmu tasawuf berselisih pendapat tentang pengertian atau definisi tasawuf. Perselisihan mereka bermula dari perkataan Sufi (������) itu sendiri. Ada yang membahas dari sudut maksudnya, ada yang membahas dari sudut asal usulnya dan ada yang membahas dari sudut masa kelahiran perkataan itu sendiri.

Akan tetapi di antara perselisihan ini, yang rajih ialah perkataan �Sufi� hanyalah satu julukan atau gelaran.[1] Yang penting bukanlah perkataan tetapi intipati dan kandungan yang dibawa oleh perkataan tersebut. Pengertian �Sufi� di sisi �Abd al Qadir al-Jilani rahimahullah (561H) ialah orang yang berjaya merealisasikan ciri-ciri murni serta sifat-sifat mulia sehingga dia berhak untuk disebut sebagai seorang Sufi. Beliau menulis:[2]

Sufi diambil dari kata al-Mushafaat, iaitu seorang hamba yang disucikan Allah atau orang yang suci daripada penyakit jiwa, bersih dari sifat-sifat tercela, menempuh mazhabnya yang terpuji dan mengikuti hakikat serta tidak tunduk kepada salah seorang makhluk.

Dalam ketika yang lain �Abd al-Qadir al-Jilani berkata:[3]

Sufi ialah orang yang bersih batinnya dan zahirnya serta mengikuti Kitab Allah (al-Qur�an) dan Sunnah Rasul-Nya.


Do you Yahoo!?
The all-new My Yahoo! � What will yours do?

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke