Assalamualaikum....ya, saya setuju benar dengan apa
yang saudari Dina katakan...kenapa setelah bencana tsunami,baru nak batalkan
konsert2 macam tu,kononnya menghormati & mengenang mangsa tsunami....kenapa
setiap tahun je konsert tu tak diganti dengan upacara solat beramai2 meminta
kesejahteraan & ketenangan dari Allah S.W.T...jangan lah nak tunggu apa2
bencana menimpa kita,baru kalut nak insaf,lepas tu dilupa macam tu jer...mungkin
yg terjadi tu petanda & amaran dari NYA untuk kita...mungkin juga dugaan
untuk kita.....sepatutnya kita sendiri yg berusaha untuk memperbaiki diri
sentiasa bukannya ada masa2 tertentu baru nak sedar &
insaf....
selalunya yang kita tau konsert2 macam tu banyak
keburukan dari kebaikan...melalaikan...remaja bercampur gaul...menari
tergoyang2...lupa solat & sebagainya....bukan konsert2 macam tu saja,malah
banyak lagi contoh yang agak memalukan seperti artis yang menyanyi "life" depan
peminat yg boleh tgk kat tv2...setiap malam kalau tak silap saya....penonton
yang ada kat situ menari & goyang kepala kononnya terhibur,ada plak dari
kalangan mereka yg memakai tudung...yang saya rasa amat memalukan (perasaan saya
sendiri lah sebagai orang islam,orang lain x tau lah)....contoh lain banyak lagi
lah konsert kat Malaysia ni....konsert itu dan ini,yang banyak sangat kalau nak
sebut di sini...kalau bangsa lain yang anjurkan,maybe kita x kisah
sangat...diorang bukannya tahu tentang hukum Allah....tapi bagi kita bangsa
melayu, beragama Islam patut ada kesedaran dalam diri.
Kesimpulannya, mari lah kita pikirkan bersama. Maaf
kalau ada ayat dan bahasa yg salah, sila betulkan...
sepatutnya every year konsert2 macam ni tak patut diadakan, jangan lah
masa ditimpa bencana jer baru nak insaf sekejap, pastu terkinja2
balik..... Puteri Nisa Abdullah
<[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Forwarded message ---------- Date: Wed, 29 Dec 2004 17:46:04
+0800 From: [EMAIL PROTECTED] Reply-To:
[EMAIL PROTECTED]
Tsunami:Konsert Tahun Baru di KLCC
dan Dataran Merdeka dibatalkan
Konsert sambutan Tahun Baru
2005 yang dijadual diadakan di KLCC dan Dataran Merdeka telah
dibatalkan.Hal ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Ekskutif TV3 Datuk Farid
Ridzuan dalam satu sidang akhbar Rabu. Keputusan ini dibuat kerana
suasana sedih akibat tragedi tsunami yang menelan korban dan
mengakibatkan kerosakan harta benda di Pulau Pinang,Kedah,Perak dan
Selangor. Sebelum itu Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan adalah
antara beberapa pihak yang mendesak agar majlis sambutan berbentuk
hiburan dibatalkan kerana ramai mangsa yang bersedih.
Ketuanya,
Datuk Norza Zakaria memberitahu menerusi satu kenyataan bahawa
pergerakan itu sendiri akan membatalkan semua acara berkaitan. Katanya
sebaliknya beliau akan mengetuai serombongan Pemuda Wilayah Persekutuan
ke tempat yang dilanda bencana itu di Kedah untuk menghulurkan bantuan.
Sementara itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu berkata kerajaan
tidak akan mengadakan sebarang acara kemeriahan atau perayaan menyambut
Tahun Baru dan sebaliknya menganjurkan semua pihak, termasuk pihak
swasta, supaya mengadakan majlis doa agar negara selamat dari sebarang
bencana alam.
Perdana Menteri berkata semoga dengan majlis doa
itu negara akan selamat dan tidak lagi dilanda ombak besar tsunami
seperti Ahad lepas dan malapetaka yang lain.
"Marilah juga kita
doakan agar yang menderita (akibat tsunami) mendapat kesabaran dan
mengatasi kerugian yang telah dialami," katanya ketika berucap di
Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda semasa mengunjungi mangsa tsunami
dan meninjau kerosakan akibat serangan ombak besar itu.
"Kita harap
mereka yang mengalami kerugian dan hilang mata pencarian dapat berusaha
lebih tekun untuk memulihkan mata pencarian mereka."
Perdana Menteri
juga meminta meminta masjid-masjid di seluruh negara mengadakan khutbah
yang berhubung kait dengan malapetaka tsunami dan apa yang perlu
dilakukan untuk mengatasi penderitaan yang dialami mangsa.
Bagi
rakyat Malaysia yang bukan Islam, Abdullah meminta mereka mendoakan apa
yang terbaik untuk rakyat dan negara ini mengikut amalan dan kepercayaan
masing-masing.
Beliau berharap mangsa-mangsa tsunami bersyukur
dengan apa jua bantuan yang dihulurkan kepada mereka setakat ini
bagi meringankan beban yang mereka tanggung.
Pada majlis itu
juga, Perdana Menteri mengumumkan beliau bersetuju dengan saranan
Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop supaya bantuan untuk
mangsa tsunami ditambah.
Katanya bagi setiap rumah yang rosak akan
diberi tambahan sebanyak RM2,000, bagi setiap rumah yang ranap RM5,000,
bagi bot kecil nelayan yang rosak RM1,000 dan bot besar nelayan yang
rosak RM3,000.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
sebelum ini mengumumkan bantuan segera kepada mangsa tsunami sebanyak
RM1,000 bagi setiap kematian anggota keluarga, RM500 untuk mangsa yang
terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara, dan RM200 untuk mangsa
yang mengalami kecederaan.
Di Pulau Pinang di mana 50 setakat
ini dilaporkan terkorban, lebih 800 penduduk pesisir dipindahkan kerana
rumah mereka ranap atau sebab keselamatan dan di Kedah 10 mati dan lebih
4,600 penduduk pesisir terpaksa berpindah dengan lebih 800 rumah
dilaporkan rosak.
Abdullah juga berterima kasih kepada akhbar-akhbar
nasional yang mengadakan kutipan di bawah bantuan Tabung Bencana dan
memuji rakyat Malaysia yang sudi menghulurkan apa jua bantuan termasuk
wang ringgit.
Katanya bantuan-bantuan ini akan diagihkan mengikut
formula yang telah ditentukan secara adil dan saksama agar tidak berlaku
sebarang masalah nanti.
Beliau juga meminta mangsa yang terlibat
memberi maklumat yang dikehendaki dengan tepat termasuk alamat, nombor
kad pengenalan dan lain-lain serta menggesa agensi kerajaan mengeluarkan
bantuan secepat mungkin.
"Pagi tadi Najib Najib berkunjung ke rumah
saya dan saya mengulangi permintaan agar apa-apa jua bantuan yang hendak
diberikan, diberi melalui peruntukan yang sedia ada dalam Tabung Bencana
Alam sebelum lain-lain bantuan dikeluarkan," katanya.
--- end
---
Do you Yahoo!? Send holiday email and support a worthy cause. Do
good.
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you
may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
__________________________________________________ Do You
Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may
wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
|